Home Malaysian football Pemain Liga Malaysia harap MFL gugurkan satu piala musim ini

Pemain Liga Malaysia harap MFL gugurkan satu piala musim ini

Piala Malaysia yang menjadi rebutan pasukan Kedah dan JDT pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 04 NOVEMBER 2017

Pihak Malaysia Football League (MFL) telah digesa menggugurkan satu piala dari senarai kejohanan bola sepak domestik Malaysia.

Gesaan tersebut dibuat oleh pemain pertahanan Perak FA, Shahrul Saad melalui akhbar New Strait Times.

Menurut laporan akhbar tersebut Shahrul didakwa berkata bahawa terdapat terlalu sedikit masa untuk menjalankan semua pertandingan jadi seharusnya satu piala domestik ditangguhkan musim ini.

Menurut Shahrul, ini ditambah pula dengan hakikat Liga Malaysia telah bermula agak lambat musim ini, kehadiran bulan ramadan kelak, dan perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia dan AFF bagi pemain kebangsaan.

Shahrul didakwa akhbar tersebut sebagai berkata “sebagai pemain, saya perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk kemungkinan bermain tiga perlawanan seminggu”.

Liga Malaysia kini ditangguhkan sejak Isnin lalu tanpa tarikh tetap untuk dimulakan semula.

Apabila dimulakan semula kelak, adalah pasti pihak MFL akan mempunyai tugas berat untuk mengatur jadual perlawanan jika kesemua pertandingan dijalankan seperti yang dibuat setiap tahun.

 

SOURCENew Strait Times
Previous articleMelaka United hilang mata, Sarawak langsai hutang dengan pemain & pegawai
Next articlePenyerang import mahu bantu Sabah FA berada di kedudukan lima terbaik