Penentuan nasib Sarawak FA tinggal 13 hari lagi

Ke mana hala tuju Sarawak FA pada musim hadapan?

Jawapan ini bakal terjawab dalam 13 hari lagi dengan kedudukan Sarawak FA di dalam Liga Malaysia bakal terjawab.

Ini ekoran status permohonana lesen kelab bola sepak Sarawak FA bakal ditentukan pada hujung bulan ini bersamaan 30 Oktober 2019 oleh First Instance Body (FIB) Perlesenan Kelab FAM pada tarikh tersebut.

Sarawak sebelum ini diumumkan sebagai salah satu pasukan yang tidak melepasi syarat untuk mendapatkan lesen kelab bola sepak oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 27 September lalu, dan diberi sehingga hujung bulan ini untuk menyerahkan dokumen diperlukan bagi tujuan menilai samada pasukan tersebut boleh dianugerahkan sijil kelab bola sepak.

Jika gagal menyerahkan dokumen yang diperlukan, Sarawak mungkin akan diturunkan ke Liga M3 Malaysia, yang mana juga merupakan Liga Divisyen ketiga bola sepak Malaysia.

Ini memandangkan syarat Malaysia Football League (MFL) yang mensyaratkan semua pasukan Liga Malaysia harus memiliki Lesen Kelab Bola Sepak jika mahu bertanding di Liga Premier dan Liga Super mulai 2020.

Penurunan Sarawak ke Liga M3 akan secara automatik menyaksikan perlawanan ‘play-off’ Liga Premier antara Sarawak dan naib juara Liga M3 musim ini tidak diperlukan lagi memandangkan sebarang keputusan tidak akan membawa sebarang perubahan kepada Sarawak yang akan bermain di Liga M3 kerana tidak memiliki lesen kelab bola sepak.

Dalam perkembangan sama, Kuching FA, yang juga kini memiliki haluan baik untuk mendapat promosi terus ke Liga Premier 2020 seharusnya bersedia untuk memohon lesen kelab bola sepak sebaik selesai Liga M3.

Ini adalah agar mereka boleh bertanding terus di dalam Liga Premier pada musim hadapan apabila peluang tersebut dibuka.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top