Dalam kita mengikuti perkembangan pasukan Sukma Sarawak di Perak, pasukan utama Sarawak, Sarawak FA tewas menentang Terengganu FC II (TFC2) untuk aksi kedua terakhir kejuaraan Challenge Cup 2018.
Kekalahan 1-0 di Kuala Terengganu melengkapkan keadaan “merinsak” (daif) skuad Ian Gillan yang bertandang dengan hanya 13 pemain dan empat orang staf sahaja.
Sudahlah dimalukan dengan hal begini, perlawanan ini pula ditayangkan secara langsung di seluruh negara. Bayangkan tanda tanya penonton apabila melihat bangku simpanan Sarawak FA yang seakan kosong, bukannya hal stadium yang lengang.
Walaupun bertahan tanpa jaringan pada separuh masa pertama, akhirnya Sarawak lebur juga dalam separuh masa kedua. Melalui siaran langsung semalam, kita melihat hanya beberapa pemain yang benar-benar bersemangat, termasuklah penjaga gol. Yang lain seakan dilihat tidak hidup dan lambat bertindak balas apabila diserang TFC2.
Bagi skuad kendalian Tengku Hazman, keputusan ini ialah satu pembakar untuk mengejar slot kedua Kumpulan A. Buat Sarawak, kita semua maklum bahawa slot untuk layak ke separuh akhir sudah pun tertutup.
Sebelum Challenge Cup bermula lagi, sudah nampak tanda-tanda masalah menyelubungi pasukan Sarawak FA . Memang, semasa undian tempoh hari sudah ada kebimbangan dizahirkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) namun mereka terus berusaha untuk melengkapkan pasukan dengan keupayaan mereka.
Buktinya, Sarawak Energy bersetuju menjadi penaja sehingga tamat kempen tahun ini. Akan tetapi, persoalannya adalah adakah perjanjian penajaan dengan Sarawak Energy melibatkan pasukan Sarawak FA sahaja, atau keseluruhan FAS?
Ini membimbangkan kerana semasa Piala Simposium anjuran bersama Perth Glory FC tempoh hari, nama Sarawak Energy terpampang sebagai antara penaja. Adakah sebahagian besar peruntukan daripada penaja digunakan untuk penganjuran Piala Simposium, dan hanya sedikit untuk pasukan Sarawak FA?
Kelihatannya memang seperti itu. Akibatnya, peruntukan untuk pasukan terpaksa dikurangkan dengan penggiliran pemain dan staf untuk perlawanan luar Sarawak, dan masalah pembayaran gaji yang khabarnya amat meruncing.
Kita hanya mampu mengeluh kerana pasukan yang dahulunya gah menjadi seakan pasukan amatur ketika ini.
Malu kita dengan pasukan Sabah FA, tetangga kita. Adalah lebih baik untuk mengelakkan hal ini berlarutan, FAS harus bertindak dengan membubarkan pasukan Sarawak dan memperkasakan liga komuniti.
Cukup sudah seksaan diberikan kepada pemain, jurulatih, pengurusan dan penyokong. Demi kebaikan jangka panjang, lebih wajar #BubarSarawakFA. – SARAWAKCROCS.COM/RSI
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Memalukan
Pemain sarawak macam tiada objektif dalam perlawanan ini. Kesihan FAS.. Kasihanlah kami penyokong sarawak.
Kasihan penyokong sarawak pun setakat pg stadium ngga game ajak. Gaji player sik dibayar siapa nk kesian. Dakya pun ada keluarga.🤣🤣🤣
Step down lah boss FAS. Tapi settled dolok gaji players
Udah settle..
Tpi nang pemain teruk
Calitoz Naz ne gaya lah mcm.ya. haha
No other more suitable words.Weakest of the ‘weakest’. Shameful.
Tau hanya menguntuk. Sikda ka org mok polah tabung nolong da tok. Make this team be our team. Bukan team negeri g.
Cukup lh ya… Malu ku ehhhhh.. Mcm cakin main.. Dah mcam tadika main malu jak aduhhhh.
Shameful. This was the match that exposed how pathetic is Sarawak FA now. How can the players perform if the motivation is not there? For humans to be productive, they must be happy. If they are not happy, they will not be productice.
Come on FAS. What more do you need to realise that you are bringing down the state team to all time low?
#BubarSarawakFA
#BubarSarawakFA
#BubarSarawakFA
Paling terok dlm sejarah bolasepak Sarawak..
Fas mcm tiada hati dan perasaan…
Ada duit friendly match kat overseas. Ada duit beli player import. Duit abis kat sia jak.
Kami anak srwk setuju srwk fa dibubarkan…sekali dgn fas bubarkan.
trn xpa pmain import mlm td. klh tpis. thniah.
Tukar semua player..
Team sarawak tok umpama dah tergurin kena tinjak perut gik. Tok nunggu nak kena pijak pala jak gik🤦🏻♂️
nya nganjong team Selepong masta 😂😂
Belacan sida FAS tu..
player nda kelala nyamai nganjong team Selepong 😂😂
Nama kjadian masta
team swk ka ngambi mourinho nyadi jurulatih ko Joseph T Setu
Ang nyebar brita pelesu sduai.saman org sduai
JJ Ron ada di mana mana aida menyu tu😂😂
Harap ada sinar disebalik kesiksaan pada tahun hadapan,
Tkr pmain.mna yg bgs simpn..mna yg xbgs buang
Mun fas sik cukup duit utk beli ticket pemain padahlah . Jgn beri malu org swak . Embak 2 org pemain smpanan .
Mun rasa sik mampu nak manage fas stepdown ajak .
Bubar saja
sungguh mendukacitakan…”BUBAR SARAWAK FA&FAS”
Dr tahun ke tahun dh nunggu nait balit nama NGAP SAYOT. Nangga player main dh tauk result. Xtauk nk madah pa gk. Ambik jk player local plus import luar. Gk sigek gaji mun xjln player pn xjln. Madah jk.
Sik tauk nak madah apa2 gk..mun madah apa2 kelak..madah kita tok lalang …lah apa lah..so harap ada2 yg mok ambik pengurusan fas tok..nak fas lamak ya tukar ajak lah..langsung sik da perkembangan..apa sebenarnya motif dak pengurusan taun tok. Nak madah kecewa…nang ada lah..tapi ya lah terima ajak hakikat..benda dah jd.. so gud luck taun dpn pengurusan fas..harap2 yg baru..harap2 lah..
Sina Boge x gh guna eh..
Pembawa Racun Berbisa kahkahhhhh
Bnr reh idh.. Hahaha
Challenge team Sarawak ini kalau boleh menang semua team Bahagian Sarawak… dari Bahagian Kuching sehingga ke Limbang.
Ok swk main tp pa kan daya bila main penat2 hujung bln lom tentu cucuk duit kuar.. Kmk nangga game mmg swk bleh jaringkan gol bah bleh ngalahkan Terengganu 2 mun nangga game.. Kmk fhm situasi player
cari bakat baru.. bermula smla..
Mun player mcm dolok kan best,mcm ronny harun,joseph,chad chaolza,ngumba makeche,ngan salibasic
Mun gik sama presiden dgn kuda tua masih dlm ya sikboh jak…
Step down jak la nak di atas nun…
apa nak jadi bolasepak sarawak?
Klu camni, maybe ramai pemain yg ok pindah