Pihak Pusat Pembangunan Bola Sepak Majlis Sukan Negeri Sarawak Miri bakal mengadakan pemilihan terbuka untuk skuad projek SUKMA 2020 dan skuad Pembangunan Bola Sepak MSNS Miri.
Pemilihan tersebut hanya terbuka untuk semua pemain yang lahir pada tahun 1999 dan keatas sahaja.
Sesi pemilihan tersebut akan diadakan dalam dua sesi seperti berikut.
Sesi Pertama
Tarikh : 04 November 2018
Masa : 07.30 am – 11.30 am
Tempat : Stadium Miri
Sesi Kedua
Tarikh : 04 November 2018
Masa : 02.30 pm – 6.00 pm
Tempat : Stadium Miri
Individu yang berminat boleh memberikan nama penuh, nombor MyKad dan nama sekolah kepada nombor telefon yang tertera seperti berikut: 013-5745102 / 011-25141230
Pemain juga diingatkan untuk membawa peralatan bolasepak sendiri seperti kasut, stokin dan shin pad dan minuman sendiri.