Dua perlawanan Sarawak FA ditunda ke tarikh baharu yang belum ditetapkan.  Penundaan adalah selaras dengan penundaan beberapa perlawanan Liga Malaysia pada minggu perlawanan tersebut yang turut melibatkan beberapa pasukan lain.

Makluman tersebut telah dibuat oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) melalui laman FB rasminya hari ini.

Menurut kenyataan FAS, dua perlawanan yang ditunda adalah menentang MIFA pada 30 Mac, dan perlawanan menentang UITM FC pada 4 April kelak.

Kenyataan FAS walaubagaimanapun tidak menyebut punca perlawanan ditunda.

Penundaan dua perlawanan itu bermakna pasukan Sarawak FA kini sedang menghadapi kemarau perlawanan kompetitif dengan perlawanan seterusnya, menentang UKM FC, hanya dijadualkan pada 14 April kelak.

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

16 COMMENTS

  1. Semua tim ditunda
    LP6,LP7 & LS6,LS7 sebab ada perlawanan melibatkan Shope Piala Fa Malaysia.
    Nampak sangat budaya membaca kt Malaysia sangat kurang.

  2. PINDAAN JADUAL PERLAWANAN 100PLUS LIGA PREMIER MALAYSIA 2018 & unifi LIGA SUPER MALAYSIA 2018
    ———–

    Adalah dimaklumkan bahawa jadual perlawanan bagi 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 (LP6 & LP7) serta unifi Liga Super Malaysia 2018 (LS6 & LS7) telah dipinda ke tarikh yang baharu.

    Pasukan Kebangsaan dijadualkan menghadapi perlawanan Persahabatan Antarabangsa ‘A’ pada 22 Mac 2018 menentang Mongolia dan seterusnya menentang Lubnan pada 27 Mac 2018 dalam perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia UAE 2019.

    Pasukan Kebangsaan juga turut dijadualkan bermain Perlawanan Antarabangsa ‘A’ pada 31 Mac 2018 atau 1 April 2018.

    Pihak Football Malaysia LLP (FMLLP) membuat kelulusan pindaan di atas permohonan oleh pihak Pengurusan Pasukan Kebangsaan serta mengambil kira kepentingan agenda pasukan kebangsaan.

    Walau bagaimanapun, sebarang perubahan bagi jadual perlawanan di atas adalah masih tertakluk kepada FMLLP.

    #unifiLSM
    #100PLUSLPM
    #FootballMalaysia
    #TransformingMalaysianFootball

Comments are closed.