Peminat percaya pemain tempatan kunci keputusan lebih baik

Peminat bolasepak percaya bahawa Skuad Bujang Senang bimbingan K Rajagobal akan mula memberi impak positif jika lebih banyak pemain tempatan dari Sarawak diberi peluang bermain di dalam pasukan tersebut.

Pendapat tersebut diperolehi melalui satu tinjauan rambang SarawakCrocs.com melalui satu pengundian di laman twitter mereka baru-baru ini .

Dalam tinjauan yang disertai 119 orang, lebih separuh peminat percaya Rajagobal perlu mengetengahkan lebih banyak pemain Sarawak bagi memperbaiki keputusan teruk yang dialami skuad Bujang Senang kini, berbanding 18 peratus yang beranggapan langkah demikian tidak akan membawa sebarang kesan.

27 peratus yang selebihnya tidak pasti jika penyenaraian lebih banyak pemain tempatan Sarawak di dalam skuad utama Rajagobal akan membawa sebarang kesan.


Penyertaan pemain tempatan Sarawak di dalam pasukan bimbingan Rajagobal menjadi isu baru-baru ini apabila hampir semua pemain kesebelasan utama Sarawak bukan berasal dari Bumi Kenyalang, dimana kebanyakan pemain Sarawak hanya dilihat memanaskan bangku simpanan.

Kegagalan Sarawak mengutip sebarang mata penuh sejak Liga Malaysia bermula menyemarakkan lagi persoalan tentang pemilihan pemain Sarawak oleh Rajagobal.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top