Home Malaysian football Pemain muda pacu United ke masa hadapan

Pemain muda pacu United ke masa hadapan

Kemenangan Manchester United ke atas Manchester City hujug minggu lepas membuktikan masa depan United cerah dengan barisan pemain muda yang ‘diangkat’ oleh Louis Van Gaal.

Marcus Rashford merupakan salah seorang pemain muda United yang telah dibawa oleh Van Gaal ke pasukan senior United selepas beliau di kenalpasti berkebolehan dari pasukan bawah-21 tahun United.

Rashford sekali lagi menunjukkan kehebatannya ketika Manchester United menang di Stadium Etihad dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan sungguhpun beliau dikawal rapi oleh pemain pertahanan City yang jauh lebih pengalaman, Martin Demichelis.

Semangat juang Rashford sekali lagi terbukti di dalam perlawanan tersebut apabila beliau terus bermain sehingga tamat masa penuh walaupun cedera kerana United telah menggunakan kesemua pertukaran yang dibenarkan.

Jesse Lingard juga berjaya membuktikan dirinya ketika United menentang City dengan Lingard berkemampuan mencari ruang kosong, sekaligus membantu United menutup ruang kosong di bahagian tengah dan memberikan United kelebihan di bahagian tengah.

Kewujudan dua pemain muda ini sudah pasti memberikan United sedikit ‘cahaya’ apabila mereka kini berdepan masa yang sukar di dalam Liga Inggeris, dan kami di SarawakCrocs.com percaya jika trend United menggilap pemain muda ini diteruskan, United akan menjadi pasukan yang digeruni pada masa hadapan.

RECOMENDED LINKS: