Peminat luah rasa kesal terhadap tindakan FAS

Sebahagian peminat bolasepak Sarawak telah melahirkan kekesalan mereka terhadap tindakan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), yang dikhabarkan akan bakal melepaskan pemain pertahanan Sarawak, Davide Grassi.

Kekesalan mereka itu diluahkan di laman Facebook, Twitter dan Instagram SarawakCrocs, yang mana menyaksikan rata-rata komen merasakan tindakan melepaskan Grassi adalah terburu-buru dan dibuat tanpa ‘mengenalpasti masalah sebenar’.
Komen peminat, Grassi
Ada peminat turut berpendapat bahawa momentum pasukan Sarawak kini harus dikekalkan, dan tindakan FAS menggantikan Grassi akan menggangu momentum sedia ada Sarawak yang baharu sahaja mengecapi dua kemenangan berturut-turut.

Mereka juga berpendapat bahawa Grassi telah dijadikan ‘mangsa keadaan’ apabila barisan pertahanan Sarawak, khususnya di bahagian tepi perlu diperbaiki, dan bukannya Grassi yang bermain di bahagian tengah.

Tidak kurang juga peminat yang beranggapan pembelian pemain baharu dibuat dengan tujuan untuk menguntungkan sesetengah pihak.

Grassi dikhabarkan akan digugurkan oleh FAS apabila pintu perpindahan Jun dibuka dan Sarawak dikatakan akan mengambil seorang pemain import baharu bagi menggantikan tempat beliau.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top