Pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menyatakan bahawa pasukan Timor Leste sama kuat dengan Malaysia dengan kehadiran pemain nutralisasinya. Salah seorang daripada pemain tersebut adalah Junior Aparecido yang kini berkhidmat dengan pasukan Liga Super Sarawak.

Menurut Kim Swee, Malaysia akan turun tanpa kehadiran Safiq Rahim yang terpaksa diketepikan kerana kecederaan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Sungguhpun demikian, Kim Swee tetap yakin bahawa pemain-pemainnya mampu melakukan persembahan terbaik esok.

Dalam pada itu, Kim Swee mengingatkan pemain bahawa peraturan gol di tempat lawan diguna pakai, dan pemain perlu memastikan pintu gol mereka tidak dibolosi.

Tambah Kim Swee, “Untuk mencapai kemenangan, kita perlu melakukan segala-galanya yang boleh terutama dengan kelebihan beraksi di laman sendiri. Jaringan gol cukup penting. Saya percaya jika kita beraksi mengikut perancangan, jaringan gol akan hadir.”

Malaysia akan menentang Timor Leste untuk perlawanan pertama Play-Off Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, 8.45 malam esok (Khamis, 2 Jun 2016).