Ketidapuasan hati peminat Sabah FC terhadap prestasi Sam Jones dalam beberapa perlawanan kini rancak dipersoalkan di media sosial.
Kebanyakan kritikan adalah berkenaan keberkesanan Johnson di atas padang, dan kegagalan beliau memberi impak selaku pemain import terhadap pasukan Sabah.
Dalam pada itu, Kurniawan mengharapkan semua peminat Sabah agar dapat memberikan ruang kepada penyerang import dari Liberia itu.
Johnson setakat ini baru sahaja menjaringkan dua gol, dan kritikan dari peminat Sabah memberi gambaran bahawa mereka mengharapkan Johnson akan menjaringkan lebih banyak gol.
Kurniawan dalam pada itu memohon peminat memahami bahawa Johnson adalah seorang pemain yang mengikut taktikal yang telah dirancang.
“Dia sebenarnya seorang pemain yang bagus berdasarkan penilaian kami, cuma kali ini nampak dia seperti kurang lasak tetapi daripada segi taktikal, dia telah mengikut apa yang kita harapkan.” kata Kurniawan.
“Sam boleh menarik dua pemain pertahanan untuk berada berhampirannya serta mengawal bola, situasi ini banyak membuka ruang kepada pemain lain dalam melakukan percubaan.”ujarnya lagi.
Oleh itu, Kurniawan berharap bahawa penyokong Sabah akan memahami situasi Johnson, namun memahami apa yang diperkatakan peminat.
“Saya faham apa diperkatakan oleh penyokong Sabah dan terima kasih atas keprihatinan mereka tetapi dia masih mampu memberikan sumbangan kepada pasukan, ” katanya lagi.