Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Osman hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan beliau pada mesyuarat agung FAS Sabtu ini.

Beliau mengesahkan perkara tersebut di dalam satu sidang media pada jam 4:30PM tadi.

Turut tidak mahu mempertahankan jawatan di dalam FAS adalah Timbalan Presiden FAS, Datu Abu Bakar Marzuki dan Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi.

Keputusan ketiga-tiga individu yang memegang jawatan tertinggi di dalam FAS kini, mengesahkan spekulasi awal SarawakCrocs yang telah dimaklumkan bahawa FAS akan dibarisi muka baharu bermula Sabtu ini.

Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden, Haidel Heli, turut mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan beliau dan memberi fokus kepada bidang hoki. Beliau turut menolak spekulasi akan dicalonkan sebagai presiden FAS yang baharu.

Sudarsono dalam pada itu tidak mahu membuat spekulasi akan penggantinya, dan menyerahan keputusan sepenuhnya kepada ahli majlis FAS untuk menentukan hala tuju bolasepak Sarawak.

Sudarsono telah membawa nafas baharu kepada bolasepak Sarawak selama beliau memegang jawatan FAS selama enam tahun, dengan Sarawak menjuarai Liga Premier pada 2013, dan kembali ke Liga Super pada tahun 2014.

26 COMMENTS

  1. Come on FAS buat perubahan..MASIH ADA MASA TETAP ADA CARA..RANCAK GEGAR LIGA KAMI RANCAK SOKONG JUGA..INI UNTUK ANDA WIRA SEPAK BOLA..!!!!..bla..bla..bla..bla…untuk kemajuan bola sepak Sarawak bumi kenyalang..

  2. Terima kasih Datu n yg lain.Sarawak sudah cemerlang,cuma perlu ada gemilang juga.bkn senang nk pikul beban n tanggungjawab yg Datu tanggung selama beberapa tahun tok.TQVM.

  3. Iboh risau Ip Man WingChun..dato abu bakar dh molah keja nya..ucap jak terimak kasih..x perlu nak madah kedak ya..time jatuh dolk nya pun terlibat juak..jgn nak kondem jak bro..doakan yg baik jak…

  4. Kritikan biarlh membina,jgn kritik main hentam kromo…molah doso free u.u….org yg dihina dpt pahalo…Bukan mudah utk membina,mbentuk satu organisasi cth nya mcm pasukan bolasepak…Anyway tkasih kpd semua exco FAS….jasa kalian tetap dikenang..semoga kalian semua sukses dikerjaya masing2.

  5. thank u datu sudar for ur contribution for the state football team especially membawa keluar team sarawak dr hutang juta juta ( era kegelapan) kepada team juara liga perdana 2013.. bukan mudah mok ngurus FA yg punya bajet juta juta ( gaji players, other expenses) di kala sibuk juga dgn 8-5 daily job.. thank u again datu.. semoga next presiden mampu angkat bolasepak sarawak ke tahap tertinggi…

  6. Tq dato sudar 2010 – 2016…….tq….ada byk crita yg boleh disimpan jadi kenangan…tq tq tq..nk nama bukan sepenuh masa ada part nait ada part turun..season 2016 antara “pelaburan” besar namun ya lah …perancangan x menjadi seperti diimpikan….jadi to New President welcome…

Comments are closed.