Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini memperkenalkan secara rasmi logo baharu Harimau Malaysia rekaan Muhammad Amzar Mohamed sebelum sepak mula Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 antara pasukan Dugong All Stars lwn Pilihan Harimau Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
Serentak dengan itu, lagu rasmi Harimau Malaysia berjudul “Launglah” turut diperdengarkan secara rasmi kepada umum.
Lagu berkenaan akan dimainkan secara eksklusif di ERA fm selama tempoh sebulan pertama ini dan akan dijadikan lagu pemangkin semangat setiap kali pasukan Harimau Malaysia turun beraksi.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Logo rekaan Amzar, 22, telah mendapat undian tertinggi dalam undian awam yang dibuat secara online selama 13 hari dari 22 Mac hingga 3 April 2016 di kalangan lima logo terbaik yang dipilih panel penilai profesional pada 8 Mac 2016 daripada 2,000 penyertaan diterima sepanjang peraduan mencipta logo Harimau Malaysia itu berlangsung dari 3 hingga 29 Februari 2016.
Amzar yang berasal dari Subang Jaya, Selangor merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di UiTM Puncak Alam.
Pada 2 Februari 2016, Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Pengenalan Penaja & Pengumuman Nama Gelaran Baharu Skuad Kebangsaan di Hotel The Royal Chulan, Kuala Lumpur telah mengumumkan nama ‘Harimau Malaysia’ sebagai nama gelaran rasmi baharu skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa serta merta.
Serentak dengan itu, peraduan mencipta logo Harimau Malaysia ini telah dilancarkan.
Antara tujuan penjenamaan pasukan kebangsaan kepada Harimau Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa pasukan kebangsaan adalah milik semua peminat bola sepak Malaysia dan ini terbukti melalui proses penghasilan logo secara ‘crowdsource’ ini.
Logo baharu ini juga diterjemahkan dalam bentuk produk ‘Official Supporters Merchandise’ yang boleh dibeli di laman web rasmi Harimau Malaysia www.harimaumalaysia.my bermula pada hari ini.
Produk-produk ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para penyokong untuk menzahirkan sokongan mereka terhadap skuad bola sepak kebangsaan dengan memiliki barangan berkualiti dan rasmi keluaran Harimau Malaysia dengan harga yang mampu milik.
Logo swk bila lgi persiden dh tukar
Logo jk lebih,main cm taik
Logo Fb sarawak crocs boleh up sikit tambah warna kuning merah hitam putih..nanti npak lbih grang
Logo SarawakCrocs stay cam tok lah dulok… bia lamak sikit. Sik mampu mok patenkan semua logo mun mala tuka 😂
Tbah warna ja min..
Macam lambang bungkus blacan ja haha
harap logo jak lh nok bagus…tapi main tetap maintain…sik pande berubah
Bila main? Ada live ke?
bungkus belacan..hahahaha
Dengan logo baru ini,prestasi pemain2 akan mningkat LAH SANGAT .
Kcak gie logo srwakcrocs..btol x min..
Kdak logo aie beer Tiger jak rupa…
Kalau kalah harimau malaysia kalau memang harimau Malaya bodoh sangat ke rakyat Sarawak Sabah sampai diperlukan oleh orang Malaya.
Main mcm taik..logo cantik buat apa…puihhhh!!!
Hebat buat logo baru je Fam ni..
Tak pa nanti pertandingan logo kita akan menang selamanya
Bukan logo tapi nak persatuan kelas pertama
Kualiti bolasepak patut dah standard
Pemain kita dah boleh main d mana klub d Asia
Ni masih sama juga
Org bkn maok logo baru, tp level baru n player nok bgs n baru g. Bengap
FAM sudah …Sarawak Croc bila maok upgrade logo kepada merah hitam kuning ??
Udah banyak kali tuka logo boss. tok stay jak lah sampe lama2..
no logo tiger beer la… itu pun mahu ciplak ke