Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini telah mengadakan pemilihan exco baharu dengan pengunduran beberapa nama besar dari jawatan tertinggi persatuan tersebut.
Berdasarkan undian di kalangan perwakilan, Tuan Haji Abd Wahab Rahim dari Persatuan Bolasepak Sarikei, telah diberi mandat baharu sebagai Timbalan Presiden FAS yang baharu, menggantikan Datu Abu Bakar. Ianya merupakan jawatan tertinggi pada pemilihan kali ini apabila ahli gabungan FAS bersetuju untuk tidak melantik Presiden FAS buat masa ini.
Abdul Wahad juga akan memangku jawatan Presiden FAS sehingga pelantikan tetap ke jawatan tersebut dibuat pada masa hadapan.
Kegagalan mesyuarat agung FAS hari ini menamakan Presiden FAS yang baharu menambahkan spekulasi bahawa ianya bakal diisi ‘orang politik’.
Berikut adalah senarai exco FAS yang terbaru:
Presiden: N/A
Timb Presiden: Tuan Haji Abd Wahab Rahim (FA Sarikei)
Naib Presiden:
1. Razali Dolhan
2. Cassidy anak Morris
3. Duke anak Janteng
4. Abang Suhordie Bin Abang Zaini
5. Dato Posa bin Majais
Ahli exco baharu FAS dijangka memulakan kerja ke arah membawa Sarawak ke peringkat lebih tinggi di dalam bolasepak Malaysia, dan turut dijangka bekerja ke arah penswastaan bolasepak di Sarawak. FAS juga akan dijangka membuat penjenamaan semula, dan perubahan pasukan bolasepak Sarawak kepada kelab bolasepak pada tahun hadapan, bagi membolehkan Sarawak terus bertanding di Liga Malaysia pada tahun 2018.