Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais, yang juga merupakan pengurus pasukan Bujang Senang bagi musim hadapan (2017) berkata bahawa masalah gaji pemain yang tertunggak musim ini bukan masalah mereka.
Posa difahamkan berkata demikian apabila ditemubual oleh pihak Shoot Sampe Bisak (SSB) baru-baru ini.
Menurut laman web SSB, Posa telah memaklumkan pihak SSB bahawa gaji pemain musim 2016 adalah tanggungjawab kepimpinan FAS musim 2016, dan oleh yang demikian mereka (kepimpinan FAS 2016) masih terikat untuk melunaskan baki yang tertunggak.
Sebelum ini, pihak SarawakCrocs telah dimaklumkan oleh sumber kami bahawa pihak FAS belum menyelesaikan pembayaran gaji dan bonus pemain pasukan Bujang Senang bagi musim ini.