Belanjawan 2020 tidak meminggirkan sukan bola sepak Malaysia apabila kerajaan memperuntukkan sebanyak RM45 juta untuk disalurkan kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mulai tahun depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membentangkan cadangan tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat kelmarin.

Jumlah RM45 juta itu adalah pertambahan sebanyak RM30 juta daripada tahun sebelumnya. Pada Belanjawan 2019, RM15 juta telah diperuntukkan bagi mengangkat martabat dan mutu sukan bola sepak negara.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) merupakan satu projek jangka panjang bola sepak negara yang bertujuan melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berkualiti di peringkat akar umbi.

NFDP meliputi skop yang luas termasuklah membuat pencari bakat, memberi pendidikan kejurulatihan, penyediaan kemudahan dan infrastruktur bola sepak, penyediaan pertandingan berkualiti dan penyediaan kuantiti perlawanan di pelbagai peringkat.

NFDP secara ringkasnya dijangkan boleh menyediakan pemain muda bola sepak ke arah menjadi pemain bola sepak profesional.

Menurut laporan VocketFC, kini seramai 11,992 orang pemain sedang menjalani latihan NFDP di seluruh negara melibatkan 112 bush pusat latihan, termasuk di Sabah dan Sarawak.