Pasukan Liga M3, Kuching FA sejak beberapa hari lepas dilihat ghairah menjemput peminatnya ke Stadium Sarawak untuk perlawanan penting pada Sabtu, 12 Oktober 2019.

Perlawanan Kuching menentang Kelantan United dilihat sebagai perlawanan ‘harus menang’ oleh Kuching memandangkan kekalahan kepada Kelantan akan hampir pasti mengkuburkan sebarang hasrat untuk Kuching memintas Kelantan sebagai juara Liga M3 musim ini.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Kuching kini ketinggalan sembilan mata di belakang Kelantan, dan kemenangan kepada pasukan pantai timur itu Sabtu ini akan hampir pasti mengesahkan kejuaraan Liga M3 milik Kelantan.

Ini memandangkan Kelantan memiliki jumlah jaringan yang amat besar, dan baki perlawanan yang dianggap ‘agak mudah’, biarpun Kuching memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding Kelantan.

Dalam pada itu, pemain-pemain Kuching juga dilihat turut mengambil bahagian dalam mempromosikan perlawanan tersebut yang dijangka sengit.

Antara pemain yang membuat promosi di media sosial beliau adalah Joseph Kalang Tie, yang mana menjemput semua peminat membanjiri Stadium Sarawak sebelum sepak mula pada jam 8:15PM.

Bagi mereka yang mahu menyaksikan perlawanan Liga M3 antara Kuching dan Kelantan, masuk adalah percuma.

Jika anda tidak dapat ke stadium, siaran langsung juga akan dibuat oleh pihak Amateur Football League (AFL) di laman Facebooknya.

Dalam perkembangan sama, kumpulan sayot88 akan menjual mafla tidak rasmi Kuching FA pada harga RM35 ringgit bermula hari ini sehingga hari perlawanan.