Ketua Jurulatih pasukan Kuching FA, Ideris Untong mahu pemain beliau menganggap semua baki perlawanan, termasuk menentang Kelantan United sebagai sebuah aksi perlawanan final.

Neliau yang ditemuramah Amateur Football League (AFL) berkata bahawa misi menentang Kelantan sememangnya dilihat agak mustahil, namun pasukan beliau akan cuba sedaya upaya untuk memberi saingan terdaya.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Jika gagal memintas Kelantan, Ideris juga menyatakan kegembiraan beliau bahawa pasukan Kuching akan menduduki tempat kedua Liga M3.

Ideris berkata “Saya tekankan kepada semua pemain untuk menghadapi semua lima perlawanan ini sebagai perlawanan final kerana kita masih mahu mengejar Kelantan biarpun dilihat mustahil.

“Kita masih mahu mencuba, dan sekurang-kurangnya kita dapat tempat kedua.”

Jurulatih berpengalaman itu berkata bahawa pasukan beliau kini berhadapan beberapa kecederaan dan beliau amat berharap pemain-pemain tersebut akan sembuh bagi membantu misi Kuching di Liga M3.

Kata Ideris “Kita ada dua, tiga pemain yang cedera dan kita berharap mereka akan sembut.”

Dalam perkembangan sama, Ideris juga menyatakan bahawa Kuching akan memberikan yang terbaik pada aksi menentang Kelantan United dan pemain beliau akan memberikan tentangan sedaya upaya mereka.

Beliau berkata “Kita akan memberi tentangan sedaya upaya menentang Kelantan kerana kita memiliki kelebihan tempat sendiri.”

Kuching FA akan melayan kunjungan Kelantan United malam ini di Stadium Sarawak dengan perlawanan disiarkan secara langsung di FB AFL.