Pemain sengaja tewas kepada UKM FC? Masa tepat untuk #BubarSarawakFA

Disebalik kekecewaan ramai terhadap kekalahan teruk Sarawak FA kelmarin, satu khabar angin yang kurang menarik kami dengar dari sebuah laman sosial berkaitan bolasepak Sarawak.

Menurut SSB, kekalahan Sarawak FA kepada UKM FC adalah sebagai tanda protes kepada pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), yang mana gagal melunaskan bayaran gaji pemain selama tiga bulan.

Laman sama turut mendakwa bahawa seorang pemain telah memuat naik status memberi gambaran bahawa andaian tersebut benar.

Kami tidak tahu sejauh manakah kebenaran khabar ini, namun jika ianya benar, ianya sememangnya satu masalah besar dan merupakan lagi sebab kenapa kami merasakan Pasukan Sarawak FA perlu dibubarkan.

FAS kini sudah tidak bermaya untuk menguruskan pasukan bolasepak, dan mereka pada masa ini adalah lebih baik sebagai pengendali kepada pasukan Sarawak hanya di peringkat SUKMA dan kejohanan mewakili negeri atau kejohanan yang berstatus ‘antara negeri’.

Liga Malaysia yang menampilkan kelab bolasepak profesional adalah tidak sesuai untuk pasukan Sarawak dan adalah lebih sesuai FAS menumpukan kepada pembangunan Liga Sarawak dan Liga Kommuniti di setiap bahagian. – SARAWAKCROCS.COM/CDN

#BUBARSARAWAKFA

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top