SELAYANG – Pasukan Sarawak FA yang mewakili negeri Sarawak tewas teruk 5-1 kepada UKM FC hari ini di dalam perlawanan pembukaan Challenge Cup di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

UKM FC tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila menyumbat gol pertama seawal minit ke-4 menerusi Micheal Ijezie.

Pemain pertahanan Sarawak Dzulazlan Ibrahim menyamakan kedudukan pada minit ke-9, dan keputusan kekal sekata shingga berakhirnya babak pertama.

Pada babak kedua UKM terus mengamuk menerusi Micheal apabila empat jaringan dijaringkan beliau pada minit ke 47, 55, 59 dan 64, sekaligus menyaksikan Sarawak tersungkur kepada pasukan yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kekalahan Sarawak meletakkan pasukan itu di situasi sukar untuk mencabar di Challenge Cup. – SarawakCrocs.com/CDN

35 COMMENTS

  1. BUBAR SWAK FA…
    selagi muka yg sama dgn presiden yg syok sendiri swak fa boleh pi lah main liga kpg…atau liga gedong.
    Taik palat xsen jak lebih…

  2. Lawan dengan Limbang FC pun belum tentu kalah sebanyak itu.memang memalukan.apalagi di tunggu,pihak pengurusan harus bertanggungjawab …letak jawatan atau bubar kan sehaja pasukan utama.bagi je pemain bawah 21 main untuk sarawak.

Comments are closed.