Pemain muda berusia 19-tahun dari Manchester United, Timothy Fosu-Mensah, telah bersetuju untuk menyertai kelab bola sepak Crystal Palace secara pinjaman sepanjang musim 2017/18.

Fosu-Mensah bukanlah nama asing di Liga Perdana Inggeris, dimana beliau telah diberi peluang beraksi di liga tersebut sebanyak 12 kali untuk Manchester United pada musim lepas.

Apabila ditemuramah cpfc.co.uk, Fuso-Mensah menyatakan beliau mahu memberi persembahan terbaik untuk kelab Crystal Palace bagi membayar balik kepercayaan yang diberikan pihak pengurusan kelab tersebut terhadapnya.

Crystal Palace setakat ini telah mengambil tiga pemain baharu termasuk Fuso-Mensah, yakni Ruben Loftus-Cheek dari Chelsea, dan Jairo Riedewald dari Ajax.

Pasukan Liga Perdana Inggeris itu akan bertemu Huddersfield Town di laman sendiri pada Sabtu ini, 12 Ogos. – SarawakCrocs.com

1 COMMENT

  1. BOOST YOUR INCOME WITH EXECUTIVE SUGAR MUMMY/DADDY For Instant Hook Up , Agent Chloe will get you connected Via Whatsapp (+60182038747) ARE YOU SEEKING FOR A WEALTHY SUGAR MUMMY/DADDY ANYONE INTERESTED SHOULD CONTACT SUGAR MUMMY HOOKUP AGENCY IN MALAYSIA Whatsapp +60182038747

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here