Pasukan Bujang Senang yang kini sedang hangat mencari bakal pemain import baharu selepas telah disahkan bahawa khidmat tiga daripada empat pemain import sedia ada sudah ditamatkan.
Pemain import yang dilepaskan oleh pasukan bimbingan David Usop adalah penyerang sensasi dari Australia, Ndumba Makeche, penyerang dari Brazil, Gilmar Filho, serta pemain tengah dari Timor Leste, Junior Aparecido.
Teah Dennis pula perlu bersaing dengan pemain import lain yang bakal dipanggil untuk sesi pengujian.
Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop, memaklumkan bahawa dua pemain import dari Geylang International FC yang bermain di Liga Singapura bakal diuji oleh beliau pada 28 November ini.
Sungguhpun David tidak menamakan pemain tersebut, namun siasatan kami di laman web Geylang FC mendapati hanya pemain tengah berumur 30 tahun dari Argentina, Carlos Delgado (Gambar atas sekali) dan Yuki Ichikawa (Gambar bawah), dari Jepun sahaja merupakan pemain import terkini di kelab tersebut.

Pemain-pemain Geylang FC yang selebihnya adalah warganegara Singapura, dan ini termasuk bekas pemain tengah Lions XII, Gabriel Quak.
Selain dari dua pemain Geylang FC yang bakal dipanggil, David turut memanggil dua pemain dari Liberia untuk sesi pengujian tersebut, dan sedang memerhati beberapa pemain dari Eropah.
Adalah difahamkan bahawa David ingin mencari pemain import bagi memperkuatkan bahagian pertahanan, tengah dan serangan pasukan Bujang Senang pada musim hadapan.
Untuk rumusan perpindahan terkini pasukan Sarawak, sila ke laman ini.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Pupo cap amoi..
Oklh trbaik
Mana2 lah labu
MF – Liridon Krasniqi (from Kedah FA) [News] *rumour*mau nanyak.. nak nama tok ada jua ka admin..
Belum ada berita susulan berkenaan khabar ya..
Makeche syg x disambung kontrak..
Gaji??
Alahaiiiii…,perpindahan murah kotttt..
Low..harganya…low…pula powernya…kan…setuju tak kaki bola!!!!!!😣😣
Sik semestinya…player kemboja ariya kuat juak bah…nilai perpindahan nya pun murah
Yalah…mun dpt kita nanga pemain macam tim jhor ka kedah ka slnagor ka baru best kalah sik hal..ka ya tim croc tok ikut stail tim klantan player sik bagus buang……ya baru pengurusan standad….ok…ka ya kita maseh nyimpan ramesh…buat apa agie…..ok lah kita sama nanga kelak….awao!!!!!
Blum tntu murah x bgus, gahaha
mun la gaji junior aprecido lebih kurang nya tok…..ambik Junior la….junior creative,,,,cuma kita xda DM ….kikikiki
Okla but make sure semua mereka blh bawa kejayaan pada team sarawak
Ambil dari jepun or Korea or dari Timur tengah
Kalau blh ambil striker hebat Thailand tu masuk ke Sarawak mna tahu Sarawak blh jdi kuat or ambil wing Indonesia tu bru bgs jimat kos
import bagus x dikekalkan. sign 3 player import awal bulan jan, seorang injured through feb-jun, sorang sik pernah score, sorang lagi defender asyik bolos je.. bulan jun tamatkan kontrak (alasan x performed well) dan sign another player (buang duit lagi)
FAS memang tak pernah blajar dari kesilapan sign player import macam alireza, hasan mohamad, gilmar
[…] yang di war-warkan sebelum ini, Carlos Delgado akhirnya tiba di Kuching minggu ini, dan telah menyertai latihan pasukan Sarawak […]