Pemain Liga Australia bakal jalani percubaan bersama Sarawak FA

Bekas pemain Selangr FA, Robert Cornthwaite dilaporkan Utusan Borneo akan hadir di Kuching di dalam masa terdekat untuk mengikuti percubaan pemain import yang dilaksanakan Ian Gallin.

Cornthwaite yang merupakan pemain pertahanan, telahpun tamat kontrak dua tahunnya bersama pasukan Australia, Western Sydney Wanderers.

Ketika bersama Western Sydney Wanderers, Cornthwaite berjaya menjaringkan dua gol daripada 19 aksi.

Sebelum ke bermain di A-League Australia, Cornthwaite telah menabur bakti bersama pasukan Liga Super Selangor FA dimana beliau turut membantu pasukan Selangor FA mengangkat Piala Malaysia pada tahun 2015.

Kontrak pemain berusia 32 tahun itu walaubagaimanapun tidak dipanjangkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (PBS) pada akhir 2016, namun desakan peminat Selangor menyaksikan kontrak beliau dilanjutkan selama setahun lagi sebelum beliau dilepaskan pada pertengahan tahun 2016.

Jika berjaya memikat Ian Gallin, kemasukan Cornthwaite dijangka mampu memperkemaskan benteng pertahanan Sarawak FA yang pada musim lalu sememangnya agak goyah.

//JERSI TRIBAL SARAWAKCROCS AKAN DILANCARKAN JANUARI INI. LIKE KEDEY.SARAWAKCROCS UNTUK MAKLUMAT TERKINI!

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top