Bekas penyerang Sarawak FA, Muamer Salibasic telah menyertai kem Bujang Senang bagi menjalani sesi percubaan bagi pemain import.
Salibasic yang terkenal dengan skil mengelecek beliau yang hebat telah mula menyertai latihan pasukan Bujang Senang sejak beberapa hari lalu dan beliau dijangka akan bersaing sengit untuk status penyerang import pasukan Bujang Senang.
Menurut fahaman kami, Salibasic telah dipelawa untuk sesi ujian pasukan Sarawak FA, namun kedudukan beliau di dalam pasukan belum lagi disahkan buat masa ini.
Pasukan Sarawak FA kini giat mencari pemain import baharu untuk menguatkan pasukan dengan beberapa lagi pemain import yang pernah beraksi di Liga Malaysia turut dijagka akan ke Kuching di dalam masa terdekat.
Jika terpilih, Sarawak FA mungkin akan menyaksikan Salibasic menyarung jersi pasukan Sarawak FA buat kali kedua.
Muamer sebelum ini telah digugurkan oleh pasukan Sarawak FA ekoran kecederaan panjang, namun beliau telah kembali ke Malaysia apabila pulih dan bermain bersama pasukan Sabah.
Maklumat kehadiran beliau telah kami maklumkan sebelum ini, walaupun kami tidak mengesahkan nama beliau pada ketika itu.
//JERSI TRIBAL SARAWAKCROCS AKAN DILANCARKAN JANUARI INI. LIKE KEDEY.SARAWAKCROCS UNTUK MAKLUMAT TERKINI!
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Pemain tok berbisa bagi pendapat kamek, cuma kecederaan lamak selalu ngacau nya tok
Do the best..
Steady salibasic
Kacak
Mantap
bajet cukup x?
Susah nya bsaing ngan Jemba Jemba utk posisi penyerang import
Zmnnya hmpir ke phujung kaji dlu sblum sign.. Klu fas ada duit cri yg lbh baik lg..
Lain Kali amik bro jarras ni 10 tahun wakil ATM
Kembar dia
SalehYaacob
Bgus yaaaa..
Mun mula nya nga sarawak marek…nang bgs…lps nya cdera ya la syg glak…
sarawak kena cari pemain import yg ada nama baru lah ada om dan jgn nak jimat duit beli pemain low class
Mun dapat carik lain dolok..Banyak gik pemain lain yang bagus bah.. Klak main 2 3 perlawanan alu cedera,manas bangku simpanan,makan gaji butak..sik juak guna…
Pendapat ku ajak koh..
pakei jadi import reserve boleh lah…..tapi ada kah istilah import reserve?
Import cristiano. .
Buktikan yang anda seperti dulu
Tq Muamer Salibasic
Mun salibasic kembali menyengat, gerenti stadium negeri kembali bergegar.. Rindu penyokong penuh stadium..
faktor umur mok pikey juwak…
Main ngn sabah aritu pun kejap je sbb cedera..ms10 x sehebat dulu dah
Dzulkhairi Mohd
Banyak gilak org Sarawak kita tok dapat jadi football agent. Kmk nangga komen2 sitok nang pande alu pasal pemain. Apa rutin pemain, sine pemain ya berak, kemeh, semua tauk. Kebanyakan komen nang berasaskan kajian dari ‘google’.