Seorang pemain tengah dari Serbia dijangka akan hadir ke Kuching dalam masa beberapa hari untuk cuba memikat ketua jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan.
Menurut akhbar Utusan Borneo, pemain tersebut bernama Nebojša Marinković, dan beliau berumur 31 tahun.
Semakan SarawakCrocs terhadap pemain pemain tersebut mempunyai kontrak selama setahun bersama FK Rad di Liga Serbia, namun beliau telah bermain selama tiga tahun bersama Perth Glory di Australia sebelum ke Rad, yang mana mempunyai kerjasama strategik bersama Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Mengikut statistik Soccerway, Marinković belum menjaringkan sebarang gol sejak menyertai Rad, namun beliau telah bermain untuk pasukan tersebut sebanyak lima kali.
Marinković merupakan seorang pemain tengah, dan dikatakan berkeupayaan menjaringkan gol dari sepakan percuma. Semasa bersama Perth Glory, beliau menjaringkan 15 gol dimana beliau menjadi pemain utama pasukan berkenaan.
Kehadiran Marinković dilihat akan memberi saingan kepada Muamer Salibasic, yang juga merupakan seorang lagi pemain import yang turut hadir di bumi Kuching dengan harapan akan diserap sebagai pemain terbaharu pasukan Bujang Senang.
//JERSI TRIBAL SARAWAKCROCS AKAN DILANCARKAN JANUARI INI. LIKE KEDEY.SARAWAKCROCS UNTUK MAKLUMAT TERKINI!
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Milos?
Harap harap salibasic diserap ke pasukan sarawak musim depan
Seorang dari Serbia, seorang dari Bosnia.
Semua pemain pilihan swak dulu pun bgus cuma gaji mereka slalu lewat
Coach swak Ian Gillan ataupun Ian Gallin?
Bila sebut pasal Ian Gillan teringat aku album Deep Purple (perfect stranger) sedap lagu tu…!
Boleh try download tok.. Hehe
Teringin juga nak lihat gandingan trio import ni..salibasic,marinkovic & milos.
2018 kasih naik smula semangat dan kebalan bujang senang
Smua klabu asap…