Pemain pemain pasukan Liga Premier, Kuching FA telah dilaporkan oleh akhbar Suara Sarawak sebagai merelakakan pemotongan lima peratus gaji mereka pada bulan April kelak.
Menurut laporan akhbar tersebut, pemotongan gaji pemain Kuching FA itu adalah untuk memberi bantuan kepada golongan terjejas ekoran penularan wabak Covid-19.
“Para pemain telah berbincang sesama sendiri dan mengusulkannya kepada pihak pengurusan.
“Ia adalah untuk membantu keluarga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya Fazzruddin Abdul Rahman kepada Suara Sarawak.
Fazzruddin dalam pada itu amat berterima kasih kepada para pemain yang prihatin terhadap golongan yang terjejas di luar sana. dan memaklumkan bahawa pemain Kuching FA telah berjaya mengumpul RM2,000 sebelum ini.
Langkah pemain Kuching FA memotong gaji bagi membantu golongan yang terjejas oleh Covid-19 adalah seiras langkah pasukan JDT FC yang juga membuat pemotongan gaji secara sukarela bagi tujuan sama.
Dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin besar di serata dunia, beberapa pasukan dan pemain terkemuka juga telah bertindak memberi sumbangan kepada golongan terjejas oleh Covid-19.
Antara yang dilaporkan memberi sumbangan adalah Lionel Messi, Pep Guardiola, dan Cristiano Ronaldo.