Pasukan Sarawak United FC belum lagi berbincang berkenaan pemotongan gaji pemain.

Laporan SuaraSarawak menyatakan bahawa pasukan tersebut buat masa ini masih membayar gaji pemain seperti sediakala.

Pengurus Sarawak United A (SUA), Afiq Fakri Brahim dilaporkan oleh akhbar tersebut sebagai berkata pihak pengurusan belum membuat apa-apa keputusan mengenai pemotongan gaji pemain bagi mengurangkan beban pengurusan.

Beliau juga memberitahu akhbar tersebut bahawa pihak Sarawak United belum menentukan apa-apa sumbangan yang perlu dilakukan oleh pasukan namun mengakui ianya akan dibuat dalam masa terdekat.

Kini arena bola sepak negara dan dunia heboh berkenaan pemotongan gaji pemain bola sepak susulan penularan Covid-19 yang kini telah menjejaskan pendapatan bola sepak seluruh dunia.

Ini berikutan penangguhan besar -besaran liga bola sepak di serata dunia, termasuk di Malaysia.

Untuk makluman, pihak UKM FC sudah bertindak memotong gaji pemain selepas perbincangan dilakukan diantara pihak pemain dan pengurusan kelab tersebut.