Home Malaysian football Pemain kacukan Malaysia – NZ bakal sertai Sarawak United?

Pemain kacukan Malaysia – NZ bakal sertai Sarawak United?

Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Sarawak United adalah pemain pertahanan, Khair Jones,atau nama penuh beliau Khair bin Muhammad Jefri Jones.

Ayah Khair merupakan seorang berbangsa Inggeris, manakala ibunya adalah dari Negeri Sembilan. Keluarga Khair telah berpindah dari UK ke US dan akhirnya menetap di New Zealand dimana Khair telah memulakan karier beliau sebagai pemain bola sepak.

Di New Zealand, Khair telah bermain dengan Palmerston North Marist, Youngheart Manawatu dan Hawke’s Bay United, sebelum beliau berhijrah ke Malaysia untuk bersama Melaka United pada tahun 2016 hingga 2018.

Khair kemudiannya telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk setahun sebelum kembali menyarung jersi pasukan Melaka United pada tahun 2020.

Pemain kebangsaan Malaysia ini mendapat debut kebangsaan beliau pada tahun 2016.

Khair telah dilahirkan pada 29 September 1989, dan jika benar ura – ura kemasukan beliau ke Sarawak United, ianya pasti akan memperkuatkan bahagian pertahanan pasukan tersebut yang dilihat agak goyak pada musim 2020.

RECOMENDED LINKS: