Home Malaysian football Tommy kembali ke Sarawak United

Tommy kembali ke Sarawak United

Pemain berbangsa Iban, Tommy Mawat Bada dikhabarkan telah kembali menyarung jersi pasukan Liga Premier, Sarawak United FC.

Menurut sumber di media sosial, Tommy telah bersetuju untuk menyarung jersi pasukan tersebut selepas berkelana ke Kuching City FC untuk satu musim.

Berkebolehan bermain di posisi sayap dan juga serangan, Tommy bukan nama asing lagi dalam arena bola sepak Sarawak dengan pemain yang lahir pada 26 Jun 1995 terkenal dengan kelincahan lecekannya dan keupayaannya di hadapan pintu gol.

Kehadiran Tommy dalam pasukan Sarawak United dilihat mampu melonjakkan lagi keupayaan pasukan tersebut, namun jika diperhatikan khabar angin kemasukan pemain, ianya nampak pasti bahawa Tommy akan terpaksa bersaing dengan ramai pemain – pemain lain yang telahpun bermain di peringkat kebangsaan.

Walau apa pun, dengan reputasi sebagai antara pemain kelahiran Sarawak yang rajin di atas padang, adalah dirasakan Tommy tidak akan menghadapi masalah besar untuk merebut kedudukan di dalam kesebelasan utama pasukan Sarawak United kelak.

Setakat ini, dua pemain sudah mengesahkan mereka akan menyertai Sarawak United pada musim hadapan, yakni Norshahrul Idlan Talaha.

RECOMENDED LINKS: