Tidak dinafikan Sarawak kini dilanda keputusan buruk di dalam Liga Super, dan berkemungkinan kembali ke Liga Premier sekiranya terus gagal memenangi sebarang perlawanan di dalam masa terdekat.

Keputusan kurang memberansangkan itu menyebabkan segelintir peminat melemparkan perkataan kurang enak, kadangkala kesat berkenaan pemain Sarawak, dengan beberapa laman sosial berkisar bolasepak Sarawak pula mula memuat naik gambar dan status berkenaan pemain yang mereka jangka akan digugurkan dan diganti.

Salah seorang pemain yang menjadi sasaran laman-laman tersebut adalah Davide Grassi, pemain pertahanan dari Itali yang baru menyertai pasukan Bujang Senang musim ini.

Davide dalam pada itu melahirkan kekecewaan beliau berkenaan komen-komen negatif yang dilemparkan oleh peminat berkenaan dirinya, dan pasukan Sarawak.

Beliau yang mengakui persembahan pasukan Sarawak kini kurang baik, menyatakan bahawa beliau sesungguhnya mahukan pasukan yang diwakilinya berjaya, dan akan melakukan yang terbaik untuk mencapai hasrat tersebut.

Sungguhpun demikian, Grassi berkata bahawa perbuatan membuat spekulasi penggantian pemain hanya membawa kesan negatif kepada pemain-pemain Sarawak, dan seterusnya tidak membawa manfaat kepada pasukan.
Davide comment
Grassi dalam pada itu berkata bahawa adalah tidak adil untuk peminat melakukan spekulasi pertukaran pemain sebelum pintu perpindahan pemain dibuka kerana semua pemain, serta peminat harus menumpukan pada satu perkara sahaja,  yakni bersatu untuk menyokong satu sama lain untuk memastikan pasukan Sarawak keluar daripada kemerosotan sedia ada.

Grassi dalam pada itu berharap bahawa semua peminat dan pemain akan bekerja keras dan saling membantu antara satu sama lain ke arah menjulang pasukan Sarawak ke tempat ianya sepatutnya berada.

Facebook Comments

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE