Kekalahan pasukan Pulau Pinang malam ini memberi sedikit sinar harapan kepada pasukan Bujang Senang untuk melayakkan diri ke Piala Malaysia musim ini.

Dengan enam markah daripada 10 perlawanan, Sarawak dan Pulau Pinang kini berkongsi mata di dua tangga terbawah Liga Super, dengan Pulau Pinang satu tangga di atas dengan perbezaan jaringan yang lebih baik. Pasukan di tangga terakhir Liga Super selepas perlawanan ke-11 tidak akan layak ke Piala Malaysia musim ini.

Dalam pada itu, Sarawak perlu menewaskan Perak dalam masa 11 hari lagi bagi memastikan peluang ke Piala Malaysia lebih cerah, walaupun mereka terpaksa bergantung harap dengan keputusan di Stadium Larkin dan Stadium Bandaraya.

Secara matematiknya, Sarawak boleh naik ke tangga ke-11 Liga Super jika mereka menang, dan pasukan Pulau Pinang seri atau kalah kepada Felda United. Kemenangan untuk Sarawak juga akan membuka peluang kepada Sarawak untuk naik ke tangga ke-11 atau sepuluh sekiranya Pahang gagal menundukkan JDT.

Peluang Sarawak ke Piala Malaysia walaubagaimanapun akan terus hilang jika mereka tewas kepada Perak.

Oleh yang demikian, K Rajagobal perlu memastikan bahawa taktiknya pada 18 Mei ini adalah cukup kuat untuk mengalahkan pasukan Perak yang akan bertandang ke Stadium Negeri, kerana hanya kemenangan kepada Sarawak akan memberikan sedikit keceriaan kepada pasukan Bujang Senang yang kini semakin pudar sinarnya.

Facebook Comments

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE