Musim 2019 belum lagi berakhir, namun seorang pemain import milik Sarawak FA sudahpun berhijrah.

Menurut satu pengumuman rasmi pasukan Bali United, pemain kelahiran Indonesia Rian Firmansyah, telah berhijrah ke Bali United.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Adalah tidak diketahui sekiranya Rian masih mempuyai kontrak bersama Sarawak.

Sungguhpun demikian, laporan Bali United berkenaan kemasukan Rian menyatakan bahawa Rian telahpun menjalani sesi pengujian bersama pasukan tersebut dan hasilnya adalah kontrak dua tahun bersama Bali United.

Kontrak Rian bersama Bali United dijangka tamat pada akhir tahun 2020.

Adalah difahamkan bahawa Rian akan diserap dan didaftarkan sebagai pemain bawah-23 tahun Bali United, dan mengambil tempat Hanis Segara yang dilaporkan cedera.

Beliau dianggap seorang pemain yang muda dan berpotensi tinggi oleh CEO Bali United, Yabes Tanuri.

Pasukan Bali United sememangnya bukanlah pasukan calang-calang di di Indonesia.

Pasukan yang bertapak di Bali itu kini di kedudukan tertinggi Liga 1 Indonesia dengan 41 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekatnya TIRA Persikabo yang hanya memungut 31 mata setakat ini.

Rian ditandatangani oleh Sarawak pada tahun lepas dan merupakan antara pemain import pertama yang ditandatangani oleh Sarawak.

Dengan Sarawak, Rian amat jarang diturunkan namun ramai memberi komen positif berkenaan potensi pemain berusia 21 tahun dari Pontianak itu.