Pasukan bola sepak Kuching FA tewas buat pertama kali di Liga M3 hari ini selepas kecundang 2-1 kepada SAMB FC dari Melaka.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat tanpa sebarang jaringan pada babak pertama perlawanan yang mana menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Pada babak kedua SAMB membuka tirai jaringan dengan dua gol sebelum Zainuddin merapatkan jurang gol pada minit ke-78.

Kedudukan 2-1 memihak SAMB kekal sehingga tamat perlawanan, sekaligus memyaksikan rekod tanpa kalah pasukan bimbingan Ideris Untong lebur.

Kekalahan Kuching itu bermakna saingan untuk kedudkan teratas Liga M3 semakin sukar untuk Kuching yang kini menduduki kedudukan kedua.