Pemain sayap kiri muda Sarawak FA, Tommy Mawat mendapat pujian di atas kematangan dan konsistensi beliau di atas padang.
Pujian tersebut dihamburkan oleh rakan sepasukannya, Mark Hartmann yang juga merupakan penyerang import dari Filipina pasukan Bujang Senang di dalam temuduga bersama laman web FFT.
Menurut Mark, beliau percaya bakat Tommy akan mengakibatkan beliau (Tommy) mempunyai potensi kerjaya di dalam bolasepak yang amat besar pada masa hadapan.
Mark turut memuji kekuatan kaki kiri Tommy yang disifatkan beliau sebagai ‘amat baik’.
Dalam temuramah sama, Mark turut menjelaskan bahawa peminat bolasepak di Sarawak amat hebat, sambil menjelaskan bahawa pengalaman bermain di hadapan begitu banyak peminat seperti di Sarawak, adalah sesuatu yang amat beliau gemari.