Tiket bagi perlawanan Suku Akhir Kedua Piala FA di antara Sarawak FA dan Terengganu FA pada hari Jumaat ini dikhabarkan akan dikeluarkan di dalam jumlah terhad.

Seorang pegawai Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mendedahkan bawah FAS akan mengeluarkan sehingga 10,000 tiket sahaja untuk perlawanan tersebut, dan akan menambah jumlah tersebut dengan tiket simpanan sekiranya perlu.

Menurut pegawai tersebut, kehadiran peminat Bujang Senang ke Stadium Negeri amat kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, dan FAS tidak mahu kerugian sekiranya tiket tercetak bagi perlawanan Piala FA tersebut tidak habis dijual.

Dalam pada itu, pegawai FAS tersebut memaklumkan bahawa peminat digalakkan membeli tiket secara on-line sekiranya mereka tidak mahu berebut beratur panjang untuk pembelian tiket tersebut, sambil menjelaskan bahawa pembelian tiket online turut memudahkan pihak FAS mengenalpasti jumlah tiket simpanan yang perlu dikeluarkan kelak.

Sarawak FA mempunyai peluang baik untuk melayakkan diri ke Separuh Akhir Piala FA ekoran keputusan seri 1-1 pada Suku Akhir pertama Piala FA di Terengganu tempoh hari.

Comments

4 COMMENTS

  1. Aksi thecrocs mcm kacak jak tgga ku mggu lepas lawan perak, arap pusingan ke2 fa cup tok sarawak blh main mena2 lah, kelebihan main home ya.

Comments are closed.