Shreen Tambi bukanlah nama yang asing di dalam persada bolasepak Sarawak dan beliau seharusnya mendapat pujian akibat kebolehan beliau di atas padang.
Terkini, di dalam satu temuramah bersama FourFourTwo, penyerang import baharu pasukan Bujang Senang, Mark Hartmann memuji aksi pemain berusia 23-tahun tersebut sambil mendedahkan beliau amat kagum dengan kebolehan pemain tengah pasukan Sarawak itu.
Menurut Hartman, beliau merasakan Shreen seorang pemain yang mempunyai sentuhan yang ‘kemas’ ketika di dalam padang, satu kualiti yang amat jarang dimiliki pemain di negara ini.
Bekas pemain tengah Harimau Muda B itu sememangnya sering menjadi perhatian ramai apabila diturunkan kerana kesungguhan beliau di atas padang, namun ini adalah kali pertama seorang pemain import secara terang-terangan memuji persembahan beliau.