Dengar cerita, wujud kemungkinan ini akan menjadi musim terakhir Ian Gillan sebagai Ketua Jurulatih Sarawak FA.
Menurut pemahaman kami, kemerosotan pasukan Sarawak FA telah mengakibatkan pihak atasan mempertimbangkan jangka hayat kontrak Ian, dan beliau berkemungkinan akan diganti.
Adalah difahamkan juga bahawa pemain pasukan Sarawak FA sendiri kurang serasi dengan corak taktikal dan kaedah latihan Ian yang dikatakan ‘kurang menyerlah’.
Pihak kami turut dimaklumkan bahawa pengganti Ian sudah dikenalpasti dan hadir kemungkinan beliau akan terus mengambil alih tugas Ian selepas berakhirnya Piala Cabaran kelak.
Calon yang bakal menggantikan Ian dikatakan merupakan anak jati Sarawak yang dan difahamkan jurulatih ini akan memberi tumpuan kepada prestasi pemain Sarawak FA pada musim ini ketika Liga Cabaran. [PEMBETULAN DIBUAT PADA 28 JULAI, 15:51]: Calon yang bakal menggantikan Ian dikatakan merupakan anak kelahiran Selangor, namun beliau akan dibantu seorang anak jati Sarawak FA yang ‘agak popular’ di dalam arena bolasepak Sarawak.
Kedua-dua jurulatih ini dikhabarkan akan membuat pemerhatian berkenaan prestasi pemain kini, termasuk pemain senior pada Piala Cabaran kelak.
Pemain tempatan Sarawak FA yang dilihat kurang menyerlah akan diganti dengan pemain muda dari seluruh Sarawak. Kedudukan pemain senior juga tidak terjamin jika mereka gagal menyerlah pada perlawanan Piala Cabaran.
Samada berita ini betul atau tidak, kemerosotan pasukan Sarawak di Liga Premier seharusnya memberi gambaran terbaik bahawa nasib Ian sememangnya sudah ibarat ‘telur di hujung tanduk’.
Ian yang dilantik menjadi Ketua Jurulatih Sarawak pada awal musim menggantikan David Usop yang telah meletak jawatan sebelum berakhirnya Liga Super pada musim lalu. – SARAWAKCROCS.COM/CLN
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Adakah Coach Jalil Ramli yg dimksdkan
Harap2 coach jalil..
Klu coach Jalil Ramli kta setuju sangat..
FAS dah jadi kdak kompeni cari bisnes,bkn gik Persatuan Bolasepak.Yg atas sik mok dgr apa dipadah urg dibah,buat2 buta,tuli,pekak…Mana kata kau jak FAS..
Ahmad fairuz yunus ngan safri amit ia
Ku rasalah pemain yg ada sekarang kurang berkualiti dan semangat k main. Musim depan saya cadangkan tukar saja pemain yg kurang bg komitmen sepenuhnya..
Player Sama sik bgus main
Coach byk gilak hal..
awang mahyan ,tol x min?
Memang perlu nya rompakan dari Pengurusan, kejurulatihan serta permain2 nya dan pendapat saya ambil saja Safri Amit mcm mana uu
Bobby gonzales KEKAL kan FAS
Ahmad Fairus Yunus d bantu oleh Safri Amit
Coach zaki?
🤭🤭🤭
Sarawak pande men bol kh…bai..
JL mla jk plg kpg ursn kluarga
Safri Amit n Ibrahim Mentali
Jgn buang player yg perform….
SARAWAK masih ada team bola kah??😏
Ibrahim Mantali duruh jadi coach baruk ngam
Import biar power bru x rugi bayar gaji…bla dh rugi,.bajet pun lari…last2 gaji x bayar…mula la player mls mok main….bla mls main,..merudum la perastasi…prestasi merudum,..fans mula x minat…bla x minat,.lg la teruk…stadium start kosong,..mana nk cover cari income gik????
Kita hanya beharapkan KUCHING FA je.
jalil kn ada ,ibrahim mentali bok cun
Bayar gaji dlu la. Mcm mna player bagus main kalau gaji pun tidak dibayar 2 bulan. Puii
Ini mesti masalah gaji… bukan jurulatih
Mana msna lh sarawak.kau nak main kh x main malas dh aku.
bubar jak…standby bajet next year utk mantapkan skuad bjg senang thn depan…import carik nok kualiti gik..
Tak payah ikut mana2x liga dlm msia.
Mbik jalil ramli jk
Betul..3