Pada awal musim 2016, pasukan Bujang Senang kendalian K Rajagobal kelihatan menarik dengan kemasukan penyerang sensasi Felda United pada ketika itu, Ndumba Makeche, dan bekas penyerang Kelantan, Gilmar Filho.

Menjelang penutupan jendela perpindahan Liga Malaysia, K Rajagobal telah menandatangani dua lagi pemain import, yakni Davide Grassi dari Itali, dan Junior Aparecido dari Timor Leste. Turut serta ditandatangani adalah beberapa pemain dari Semenanjung Malaysia yang dilihat berkebolehan.

Di atas kertas, pasukan Bujang Senang kelihatan amat menarik, namun selang beberapa bulan Liga Malaysia berlangsung, pasukan yang pada ketika itu dibimbing Rajagobal gagal menyerlah dan beliau telah dilepaskan dan diganti oleh David Usop, penolong jurulatih Rajagobal.

David yang merupakan anak watan Sarawak, berjaya membawa pasukan Bujang Senang ke Piala Malaysia, dan memastikan pasukan dari Borneo itu tidak tersungkur ke Liga Premier pada musim 2017, dan perubahan kepimpinan di Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) pada penghujung musim 2016 menyaksikan beliau diberi kepercayaan mengemudi pasukan Sarawak dari awal musim buat pertama kali.
exco-fas-2016
Adalah difahamkan bahawa pihak FAS tidak mahu berbelanja secara boros lagi, dan David telah diminta ‘membeli belah’ secara berhemah, terutama apabila ianya melibatkan pembelian pemain import asing.

Dalam bulan November, hampir semua pemain bukan Sarawak telah dilepaskan dari kontrak mereka dengan hanya Ronny Harun, Shahril Saári dan Ramesh Lai dikekalkan untuk musim 2017.

Maklumat dalaman juga memaklumkan bahawa semua anak watan Sarawak yang kini bermain bersama pasukan Bujang Senang, telah ditawarkan kontrak baharu, namun pemain sayap Ashri Chuchu telah memilih untuk berkelana ke Kuala Lumpur bagi mencari angin baharu.

Beberapa pemain muda telah diserap, dan barisan kejurulatihan serta pengurusan pasukan Bujang Senang kini dibarisi muka-muka lama bolasepak Sarawak seperti Pengiran Bala, Stanley Frazier, Jeffry Lana, Edward Jamid dan ramai lagi.
SUKMA Sarawak Bolasepak players
Pengambilan pemain import dibuat dengan lebih terperinci, dan pemain asing dipanggil untuk sesi pengujian berdasarkan cadangan kelab lama mereka. Dua pemain, Mark Hartmann dan Lee Jong-Ho, bukanlah nama yang asing di negara mereka sendiri, dan di Rrantau Asia, kerana keupayaan mereka bermain bolasepak pada status terbaik. Pengekalan Teah Dennis juga dilihat bertepatan berikutan potensi beliau di bahagian pertahanan Sarawak pada musim ini.

Dalam pada itu, dengan pasukan Bujang Senang kini hampir lengkap secara tidak rasmi, peminat mula melihat bahawa pasukan kendalian David bukan sahaja ‘lebih Sarawak’ dari sebelum ini, malahan pemain import yang diambil juga dilihat mempunyai kualiti yang baik.

Peminat juga perasan bahawa hampir semua pemain asing yang diambil kini pernah bermain di negara Asia Tenggara, sekaligus memberikan mereka kelebihan terhadap cuaca dan budaya bolasepak di Malaysia.

Dengan yang demikian, kami percaya bahawa musim 2017 adalah satu musim yang pasti menarik untuk pasukan Bujang Senang bimbingan David kerana pasukan ini bukan sahaja akan dibarisi pemain import yang boleh diangap berkualiti, malahan disinari dengan semangat ‘Sarawak’ yang paling kuat sejak 2012.

35 COMMENTS

  1. Awal session tahun tok pasukan SARAWAKFA pun mantap juga. Dengan Coach RG namun longlai juga. Tahun tu pun mantap juga. Dengan pemain tempatan dominasi setiap posisi. First kita mau nangga result friendly match. Games positioning ok sik. Mun aku KPI Sarawak FA dlm 7 teratas LigaM. Mun tercapai. Cun malicun lah. Supporter ibuh jadi lalang. Penuhkan stadium ja.

  2. Harap Coach DU crik player import nok main defensive midfielder utk 1 gik slot import player…posisi defensive tok brik more tumpuan…sik perlu makey 2 pemain import d bahagian striker…lbh bait Coach DU ketengahkan local striker partner dgn Hartmann…

  3. Kita doakan yg tbaik utk team kesayangan kita tok…iboh menilai telalu awal iboh jua kita mgharap glk….kita blom nangar kedak nie perform sbenar cda nya….lg pun tok taun pertama cda nya bermain bsama….di tambah gk majoriti muka baru dlm skuad 2017 klk…apa slh kita meri support dgn team kita dan meri kata2 semangat bukan lalu mejatuhkan cda nya…..kita biar ja sentuhan David Usop ….biar nya ngatur serta ngaluskan semua….moga team kali tok dlm top 5 pun ok…mun champion ya adalah bonus buat team serta buat semua rakyat Sarawak …..
    #ngapsayotselamanya
    #sarawaktetapdihati
    #jgnkecamsaya

Comments are closed.