Home Malaysian football Pasukan gabungan Bintulu/Miri menentang Batang Padang 

Pasukan gabungan Bintulu/Miri menentang Batang Padang 

Pusingan suku akhir Kejohanan Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017 bakal menyaksikan pertembungan antara juara kumpulan A, pasukan gabungan Bintulu/Miri menentang naib juara kumpulan B Batang Padang hujung minggu ini di Kuala Lumpur.

Pasukan Bintulu/Miri muncul juara kumpulan setelah membenam Sekolah Sukan Sabah 2-0 dan Samarahan 3-1. Biarpun tewas menentang Sibu 3-1, 2 kemenangan sudah memadai untuk Bintulu mara ke pusingan suku akhir LBR Wanita.

Pasukan Bintulu/Miri yang dikendalikan oleh jurulatih Encik Hakimi Man bakal berdepan dengan pasukan dari negeri Perak, Batang Padang. Batang Padang sebelum ini menewaskan Batu Gajah (3-2) dan Al-Astana (2-0).

Perlawanan peringkat suku akhir Liga Bolasepak Rakyat Wanita bakal dilangsungkan hujung minggu ini, di Kuala Lumpur.

RECOMENDED LINKS:


9 COMMENTS

Comments are closed.