Dua pemain dari Sweden dikhabarkan bakal menyertai kelab Liga Premier, Kuching City.
Pemain tersebut merupakan pemain penyerang.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua jurulatih Kuching City yang mengesahkan maklumat tersebut di dalam laporan sebuah akhbar tempatan.
Menurut laporan sama, pemain yang masuk akan menggantikan tempat Hudson Dia De Jesus dan Michael Chukwubunna Ijezie yang telah digugurkan oleh kelab The Cats.
Selain membawa masuk dua penyerang, Kuching City sudah sah juga membawa masuk penjaga gol kelahiran Sarawak, Saiful Wazizi, dan pemain sayap dari Kedah Darul Aman, Mohammad Hidhir bin Idris.
Kelab tersebut juga telah mengesahkan mereka melepaskan 11 pemain sedia ada, dan tiga import mereka yakni Yuta Suzuki, Hudson Dia De Jesus dan Michael Chukwubunna Ijezie.