Home Malaysian football Visnu Ruban Nair bakal sertai Sarawak United?

Visnu Ruban Nair bakal sertai Sarawak United?

Mantan penjaga gol Petaling Jaya FC, Visnu Ruban Nair a/l Satiananthan bakal menyertai pasukan Liga Premier, Sarawak United.

Penjaga gol berumur 26 tahun itu pernah bermain untuk pasukan MOF F.C dan Petaling Jaya Rangers, dan beliau juga pernah bermain untuk pasukan bawah 21 tahun PKNS dan Selangor FA.

Pada tahun hadapan, beliau telah menyatakan bahawa beliau akan menyertai Sarawak United.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan beliau di media sosial beliau, dengan penjaga gol berbakat itu melahirkan perasaan gembira dan teruja beliau berkenaan perjalanan karier bola sepak terbaharunya.

“Spiderman sudah kembali dan akan ke Sarawak” tulis Visnu di laman sosial beliau.

Visnu yang dilahirkan pada 19 March 1994, berketinggian 1.79 meter, dan beliau terkenal dengan jolokan nama ‘Spiderman’.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang diketahui berkenaan Visnu, namun pengambilan penjaga bol berbakat dari Selangor itu dilihat bakal memantapkan lagi barisan pertahanan Sarawak United yang agak poros pada musim lepas.

Selain Visnu, Sarawak United juga akan mengambil pemain kebangsaan Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha.

RECOMENDED LINKS: