Pemain Amerika cuba nasib di Stadium Negeri

Pasukan Bujang Senang yang dibimbing David Usop kini sedang menguji pemain Amerika Syarikat Andy Lorei (Andrew).

Penyerang berusia 27 tahun itu telah turun pada sesi latihan di Padang C kelmarin.

Andy yang berketinggian 1.91m, belum pernah bermain di Asia, dan jika beliau ditandatangani oleh Sarawak, akan menjadikan pasukan Bujang Senang pasukan Asia pertama yang diwakili beliau.

Berasal dari Pennsylvania, Andy paling cemerlang bersama pasukan Sweden Boden BK di mana beliau menjaringkan 21 gol dari 42 perlawanan.

Andy, jika ditandatangani, akan mengisi slot pemain asing terakhir yang ada di Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top