Kebanjiran pemain Korea di Malaysia nampaknya kini telahpun sampai di Kuching apabila seorang lagi pemain Korea Selatan, Kim Seong Hyeon telah tiba di Kuching untuk sesi percubaan bagi mengisi slot import terakhir yang ada di pasukan Bujang Senang.

Berumur 23 tahun, Seong Hyeon hadir pada sesi latihan pasukan Bujang Senang di Padang C kelmarin.

Selain beliau, seramai enam lagi pemain luar negara dijangka turut akan hadir pada sesi latihan pasukan Bujang Senang dalam masa terdekat bagi membolehkan Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop, menilai prestasi dan kemampuan mereka bagi mengisi slot terakhir yang ada.

Dalam pada itu, David turut mengesahkan pemain-pemain tersebut akan datang pada awal tahun hadapan, dan beliau akan menamakan skuad lengkap musim 2017 dalam masa terdekat.

Pasukan Bujang Senang kini mempunyai tiga pemian import selepas mengambil Mark Hartmann, Lee Jung-Ho, dan mengekalkan Teah Dennis.

6 COMMENTS

  1. Editor patut elakkan typo dlm post..since rami urg maca post ktk..supan kita..mn dpt cek bena ejaan ktk..baruk post..jz my 2cent #sarawakselamanya

    • Thank you for your comment. Kami sentiasa cuba memastikan typo dikurangkan sedaya upaya, namun kadang-kadang ada juga terlepas ketika dalam kehangatan mahu melepaskan berita. Kadang-kadang berita keluar time kamek orang sikda depan laptop, so type pake phone jak agar berita tersebut lebih laju keluar. – Mun ada yang terjumpa typo ya, jangan segan padah ngan mek orang. Kelak akan dibetulkan.

      Akhir sekali, terima kasih kerana membaca SarawakCrocs.com

Comments are closed.