Dengan bolasepak Sarawak ‘hidup’ bermula pada 2012, beberapa jenis peminat mula dikenalpasti oleh pihak kami secara umum berdasarkan pemerhatian kami di stadium, media sosial dan juga di kalangan kawan-kawan kami.
Di sini, kami rungkaikan jenis-jenis peminat bolasepak Sarawak yang ada, dan diharapkan anda tidak marah selepas membaca artikel kami ini.
YANG BERSAHAJA

Tak kira menang atau kalah, juara atau tidak, peminat dari kalangan ini rilek sahaja. Mungkin mereka akan membeli jersi Sarawak FA, tapi mereka tidak akan melihat ianya sebagai keperluan penting kerana bagi mereka, cukuplah setakat mereka sokong, bising-bising pun sekda guna. Kebanyakan peminat dari golongan ini adalah peminat jangka panjang yang biasanya mudah dikesan duduk di stadium sambil makan koci dengan jersi Sarawak.
YANG BERSEMANGAT WAJA

Golongan peminat ini adalah yang dikategorikan sebagai ‘die hard fans’. Semangat mereka terhadap pasukan terlalu tinggi dan satu kemenangan, walaupun daripada rentetan kekalahan, sudah cukup bagi mereka menjangkakan pasukan akan mencapai kegemilangan. Tak usah nak cakap masuk final, saat dan ketika Sarawak melangkah ke peringkat separuh akhir sesuatu pertandingan, mereka sudah melayari laman web AirAsia untuk melihat harga tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, manatahu Sarawak masuk final kelak.
YANG MUNCUL BILA MENANG SAHAJA

Juga digelar ‘lalang’, peminat seperti ini hanya kelihatan apabila pasukan berprestasi baik sahaja. Apabila prestasi pasukan merundum jatuh, mereka akan mengaku menyokong pasukan Liverpool, Manchester United Real Madrid, atau mana-mana pasukan yang dilihat sedang di dalam aksi terbaik. Golongan ini dapat dikenalpasti dengan mudah apabila mereka sangat ‘excited’ untuk ke stadium apabila pasukan sering menang, tapi selalu ‘busy’ bila pasukan mula kalah.
YANG MUDAH KECEWA

Juga digelar yang ‘cepat panik’ dan peminat yang mempunyai masalah lemah jantung harus mengelakkan dari masuk ke golongan ini. Walaupun liga baru bermula, mereka sudah tidak senang duduk apabila pasukan seri, apalagi kalah, dan belum lagi kalah teruk. Jika keputusan tidak memuaskan, mereka mahukan perubahan terus dan mahu seseorang dipecat, atau diganti. Di medan media sosial, suara mereka jugalah yang paling lantang, dan bila ke stadium, merekalah antara yang paling awal balik dan membaling kerusi/botol/cawan ais krim gula apong apabila pasukan kesayangan sudah ketinggalan.
YANG NAK LIVE SAHAJA

Ini adalah versi peminat terbaru. Tauklah Sarawak tok mala sekda Live, tapi Sarawak FA bukan satu-satunya pasukan yang tidak diberi siaran langsung. Peminat dari kategori ini akan sibuk menyerang laman media sosial FAM, FMLLP, TV3 dan mana-mana media berkaitan dengan mengatakan ‘Sarawak sekda live‘ atau ‘FAM tak adil’ dan sebagainya.
Demikianlah sahaja lima jenis peminat yang kami dapat simpulkan buat masa ini untuk hiburan kita semua. Kawan anda yang mana?
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Calitoz Naz Came Cameron
Boring glak ka admin tok.. xda modal agk..
Gai
Minuman rasmi ialah tiger beer biar perut boroi semua
Rindu ngn suasana mcm tok..
Agreed
Spesis lalang paling calie sekali
π huhuu…
6 Yang ada molah taktikal pake team sarawak tapi sik didiat sapa2 π
absolutely correct π
tok kesinambungan daripada artikel 10 ciri penyokong lalang keluaran 2013 ria kah? πππ
Boleh juak lah ya.. hahahha… kedong kinek tok kita dilanda masalah kesepian berita π. Mok kakar hal jurulatih atau taktik, kmk org tok bukanlah pande juak mok ngajar org camnie mok main bol… π /cldn
mok di up lagik artikel ya dalam SarawakCrocs tok..hahaha
Pengisian pakei time rehat mcm tok nang perlu.. hehe..
pake peringatan juak πππ
yes yes!:D
Apalah admin tok. Sik bgs madah peminat ada jenis2… tanpa peminat/penyokong sapalah kitakorg… sepatutnya admin berik motivasi utk peminat/penyokong
Peminat yang sik ada minat ngan David Usop, lalu sik berminat ngan main bol oleh aakik David Usop Sentorian.
Rindu maok ngga zaman tu up balit…. kinek tuk susah maok cakap semakin sunyi stadium
Agreed
Kita x dpt menafikan kwujudan mereka2 yg digelar lalang…namun jika dilihat dari sudut positif, tanpa lalang arena sukan tidak akan meriah seperti hari ini…kerana peminat lain tidak akan ada peluang utk berdebat secara “grand” dan kehidupan sukan mereka juga boleh jadi bosan kerna tiada haters dan tiada kritikan pedas serta tiada pesaing dlm mengeluarkan pendapat secara lantang…juga tidak dpt dinafikan kritikan pedas dari lalang sedikit sebanyak mendorong sesebuah pasukan membuat perubahan drastik yg sekaligus memaksa mereka keluar dari “comfort zone” dan seterus nya melancarkan agenda development pasukan kerana risau akan kurang nya pengikut berikut influence kritikan geng lalang…sekaligus tercetus evolusi kemajuan sesebuah pasukan kerana paksaan itu.Walaupun ramai tidak suka, tapi jangan pandang sebelah mata golongan yg digelar lalang…
Tok winn.. keep it up.. sepatutnya page Sarawak FA lebih mendekatkan dirik ngan peminat.. buat marketing di kalangan penyokong.. mun dpt polah interaksi.. mana soalan yg sik dpt di jawab.. jgn d jawab.. tapi interaksi ngan peminat memang perlu.. mun nak nyuroh fans lelah taip berjela tapi di tandah gia jak.. ya bukanlah sesuatu yg bagus.. sebab fans akan makin sakit hati.. bila dah sakit hati, mcm2 doa di berik sidakππ
Jdi gi mana? π
terima kasih SarawakCrocs … terkejut nangga gmbr kmk org utk bahagian BERSEMANGAT WAJA … gambar masa kamek orang polah pameran jersi bulan 2 ari ya…. moga semua penyokong mempunyai semangat yang sama juak sik kira waktu team Menang Seri atau Kalah …. (y)
Admire ur passion for the team. Mun dah kumpul jersi sejak zaman dulok ya, semangat mesti kental… harus dicontohi.
thanks admin…. cheers…
#setiabersamamuSARAWAK
Artikel ini bukan artikel ilmiah. Ianya lebih berbentuk persepsi santai untuk mengkategorikan supporters. It’s not really appropriate to label any type of supporters based on those criteria anyway.
Great info,terbaik admin
Hanya simpan untuk kenangan jak,,,sabar dan terus bersabr untuk berulang kembali sperti ine lagi…#SARAWAKSMPAYMATIDEMITANAHIBUPERTIWIKU#
*4 Hari Saja Lagi Akan Menjelangnya Hari Raya Aidilfitri*πππ
*Buat Keluarga :*
Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya πππ
π *Buat Yang Tersayang :*
Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu πππ
π *Buat Kawan-Kawan :*
Maaf Ya Kalau Saya Ada Silap & Salah, Tak Disengajakan π₯π₯π₯
π *Buat Sahabat :*
Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah πππ
π *Buat Yang Tak Sependapat :*
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Dimata Kamu πππ
π *Buat Yang Sayang Pada Saya :*
Saya Juga Sayang Pada Kamu ..bahkan lebih lagi..πππ
π *Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya:*
Terima Kasih Kerana anda Mengajar saya Bagaimana Untuk Terus Bersabar… πππ
π *Buat Yang Tak Kenal Dengan saya:*
Terima Kasih Sebab Setia Save Saya Dekat Contact anda… πππ
Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya πππππ
*Sorry And Thanks For Everything…* βΊππ.
Salam 1 Syawal 1438
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017
Salam Mubarak
Selamat menyambut hari raya puasa
Selamat menyambut lebaran bakal tiba tidak lama lagiπππππππππβ€β€β€β€β€β€β€β€β€β€β€β€..0-0…
Ada 2 result setiap perlawana team sarawak sekarang ni.
1. Seri (nasib-nasib)
2. Kalah (selalu)
punca ada lalang ya sbb dari performance team juak..sapa mok berabis duit beli tiket belon pegi jauh2 wlpun dh tauk team xbrapa bagus nak…tp yala, lalang pun fans juak..xkisahla cara cmni mok sapot..janji sapot udah la..hahahahahahaha
Tgl kenangan yg skg ssh mok ckap
Ada jenis peminat suka nga DU undur….ππππ
Ada jenis peminat suka nga swk seri….
Ada jenis peminat suka nga swk knak ulam…
Ada jenis peminat suka nga swk ???
Enth la…xtauk mok mdh gk…penonton @ penyokong jadi cm ya sbb sapa???
Jangan salahkan penyokong…mun dh tiap kali seri kalah jak2 sapa2 pun boleh fed up…sbb sayang team swk lah penonton jadi cmya
#akumadahjak
#selamathariraya
Mr.Kopi : Lalang ππ»ββοΈ
Absolutely Agree
Pasukan lain berebut rebut utk menjuarai atau sekurang kurangnya naik juara tetapi Sarawak lain ceretanya cuma nak bertahan dlm liga super atau cuma nak melayakkan diri bertanding di piala Malaysia dan di piala FA sasaran nya utk layak ke peringkst suku akhir sahaja.Pendek kata Sarawak hanya berpuas hati dgn pencapaian sedemikian.Satu lagi maskod bujang senang perlu di tukar dgn yg lain sebab gigi bujang senang dah habis tercabut.
Cool post thanks really great