Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini mendapat satu tamparan hebat ekoran pelepasan dua pemain yang direman atas tuduhan rasuah.
Mazwandi Zakeria dan Hafiz Abu Bakar sebelum ini telah disyaki mengatur perlawanan dan ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
Adalah difahamkan bahawa siasatan secara menyeluruh telah dibuat SPRM, dan kedua-dua pemain kelahiran Sarawak itu didapati tidak bersalah. Turut dilepaskan adalah seorang individu bernama Aiman yang sebelum ini didakwa merupakan ‘bookie’.
Penahanan mereka adalah susulan dakwaan mengatur perlawanan yang dibuat oleh FAS, dengan satu kenyataan media dikeluarkan oleh FAS, mengesyaki hadir elemen tersebut hadir di dalam pasukan susulan kekalahan saat akhir Sarawak FA kepada Felcra FC10 Februari lalu.
Pihak FMLLP dalam pada itu telah juga mengeluarkan kenyataan bahawa FAS tidak merujuk kepada mereka sebelum kenyataan media tersebut dibuat, dengan CEO FMLLP Kevin Ramalinggam juga menyatakan bahawa tindakan boleh dibuat sekiranya tuduhan yang dibuat FAS tersebut didapati tidak berasas.
Pelepasan Mazwandy dan Hafiz dari sebarang pertuduhan mengatur perlawanan dalam pada itu sudah pasti akan mengarahkan semua tumpuan kepada FAS yang kini bukan sahaja boleh berdepan tindakan akibat kenyataan media berhubung isu rasuah tersebut, malahan juga mempunyai masalah pembayaran gaji pemain dan juga yang terbaharu, masalah pendaftaran pasukan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Saman jak
Fas oh fas..berik malu jak..
Agak nya sapa yg rasuah sebenar nya..jeng jeng jeng..x lamak gik kluar kebenaran..ramalan ku benar belaka..sik heran nya duak tok bakal berhijrah ke team lain dan menyinar..sapa mok main gik mun dah kenak palat camya..
Siap FAS kenak denda FMLLP..
FAS tuk problem besar
Sulaiman Brahim
Masalah berpunca dr pihak pengurusan,mesti ada sesuatu yg tak kena dgn fas.
Mun rasa ada darah malu sidak atasan FAS ya,sila letak jawatan.
FAS KINEK TOK MAKIN SERABUT..BUBAR JAK TERUS DARI MAKIN PARAH
Menuduh tanpa bukti. Nya lah jadi.
Iboh jak FAS main dalam liga malaysia agik…..
Letak jawatan jak. FAS….buang duit jak…sik pandei ngurus pasukan…beri malu jak..
Padan muka…
Macam tu bubar sarawak FA..KUCHING FA KITA SOKONG
Cuba utk dikambing hitamkan?.. Kesian wei… Periuk nasi orang, maruahnya tercalit
Dari dulu sampai sekarang bermasalah..bubar ja..sik boh main bol..kita main dam aja..kutuk mengutuk nanti makin tambah dosa kering..dahlah ASH WEDNESDAY dah pegi rabu lepas
FMLLP tunggu je tu utk ambil tindakan…
Nio James Rider ada gik muka pok hahaha
Aih,bkn aku pok,ku gk cuti.hihi
Kembar sama topi haha
Ok….tutup FAS kt diat team lain jak main
kuching fa jk gik harapan
Yelah….tp mok kuat juak org sapot….nak arap jualan produk nang jauh rasa nak sapot club
pengurusan baru nektok nang hancur.. musim lepas cdak nya salahkan pengurusan lama.. musim tok.. cdak nya salahkan player.. nampak gilak nok ngurus FAS nektok x matang.. cuma mok kuasa jk dlm FAS ya
Mcm mna dgn bookie? Ada 1org bookie kna tahan dgn mereka dua ari tu
Ada dalam artikel
Dh tuduh org tu bookie….lepas mcm tu sj la plak?
kta thu dan lihat aja pa alan jadi pasukan kta akan dtg mta 2x brjaya lah kta lpa saja rasuah tumpu pada prlawanan saja
Komen positif jaklah, biar FAS pun ngeluar statement berkaitan perkara ya . Jgn sukati jak kita nganok sapa2, kelak ada saudara mara yg terasa ati, jaga perasaan ati urg lain juak. Mun asa drik bagus dpt ngator FAS, sila offer drikpun jgn bekokok jadi ‘ keyboard warrior ‘ jak.
#peacenowar
#sarawaktanahairku
Bnyk org cakap jkbro..suruh daknya neraju fas ya..ngga kita, jauh nie boleh pegi nk..
Ya lah mun angkah orang bodoh sombong mengurus FAS…bodoh lagi sombong. Kita mesti belajar jangan menegakkan benang nok basah. Kita semua harus berani mengkritik benda nok benar…demi kemajuan bolasepak kita. Sik ada team mampu pergi jauh mun anggap biasa jak kesilapan nok sik patut…
hope sarawak tarik diri dr main bola… byk masalah dr pengurusan mcm2 rugi beli tiket fikir nk sokong sarawak… asyik kalah… pmain pun bukan nk mghadiahkn senyuman pada peminat sarawak…
saman jak..
Setahu aku last game.. Hafis ok jak main cuma sikda support dr member di atas… Midfielder ngan defence ada problem last minit game ya…
FAS itu shhhhhhhhh………
SPRM SILA SIASAT FAS JUGA.
Burok fas
Yang buat tuduhan tu, sila letak jawatan.
Tak ada bukti lepas lah,Kalau lepas ni kalau kalah lagi adakah fas cakap atur perlwanan lagi 😊😊
Masa tok jgn pg stadium..duit kt msk poket fas
Kna xpke topi nio
Goyang2
Saman la ape lg
Ape ni FAS… letak jawatan jer la…
Berganda ganda masalah FAS sejak akhir2 ni