FMLLP berharap bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mempunyai bukti yang kukuh sebelum ianya membuat kenyataan berhubung rasuah di kalangan pemainnya.

Menurut laporan New Straits Times, CEO FMLLP, Kevin Ramalingam berkata kenyataan FAS itu sangat mengejutkan dan beliau sebenarnya lebih suka jika FAS melalui FMLLP dan FAM sebelum mengeluarkan kenyataan yang beliau anggap mampu merosakkan imej bolasepak Malaysia jika ianya tidak disokong oleh bukti yang kukuh.

Dalam pada itu, Kevin memaklumkan bahawa bahagian perundangan dan integriti FMLLP akan ke Kuching di dalam masa terdekat untuk berjumpa dengan pihak FAS.

Beliau turut mengesahkan bahawa unit perundangan dan integriti FMLLP sudah pun berjaya menghubungi pihak FAS.

Kevin dalam pada itu menegaskan pihak FMLLP sememangnya tidak akan berkompromi dengan kes mengatur perlawanan jika ianya terbukti benar, namun beliau turut menambah bahawa bolasepak adalah sebuah sukan yang pelik di mana pasukan besar boleh tewas kepada pasukan kerdil.

Kevin dalam pada itu turit menambah bahawa sekiranya dakwaan FAS itu didapati tidak benar, pihak FMLLP juga boleh mengambil tindakan terhadap FAS kerana kenyataan sedemikian sepatutnya melalui pihak FMLLP dan FAM.

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

48 COMMENTS

  1. Bukan president sahaja yg letak jawatan kalau dakwaan itu tidak berasas.. Seluruh pengurusan wajar resign immediately. Termasuk office boy sekaliπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

  2. Ikut realiti,apahal satu pasukan yg melaporkan kesalahan rasuah diambil tindakan? Mesti ada laporan dibuat dan penyiasatan akan dilakukan..Apa tindakan yg dipolah Presiden Fas adalah akan dipolah juak oleh Presiden team2 lain sekiranya terdapat unsur2 negatif dlm pasukan..Biasa lah nya molah statement n nya dpt hidu dan unsur2 ke arah bookie bola..Just imagine,penat lelah dan komitmen Presiden dan committee dlm Fas mencari dana dan dibalas dgn keputusan yg boleh dicurigai..Bkn senang nok carik dana,kita semua tahu..Dah dioffer jwtan Presiden pada VVIP dan YB2 tp jawapan nya mengecewakan..Dak nya takut mikol tanggungjawab tok n sik maok sampei duit daknya terkeluar ..Tanyak exco Fas mun cerita tok berbulak..Yg nyanggup Dato Poasa jak,ya pun nya nyanggup sekejap ajak..Apa yg diketahui dah makei duit poket nya empun kinek tok..
    Kita kenak nanyak dgn FMLLP menar2..Coz benda tok agik blur..Mcm dana nok diberik nya setiap pasukan,masih agik blurrr…Mintak tlg kita merik semangat dgn Fas,bkn suka2 nya nok merik statement unsur2 bookie tok..Lelah bah,carik duit ke hulu hilir mintak sponsor..Tebal muka tp minat yg molah daknya sanggup..Mun mikir logik dlm 6-8 minit 3 gol adalah timbul rasa was2 n unsur2 bookie..Apa yg Fas blh lakukan,jgn turunkan barisan pemain yg disyaki..Goal keeper ya pun sapa jak milih…mun badan ya main game Kabadi boleh..Bkn main liga Premier U U..Pada pendapat saya sapa pun Presiden lepas tok,mun masih sik ada support sponsor…Main liga FAM jak thn dpn..sik besar gilak belanja..πŸ‘Œ

    • Mun takut nk embak team, iboh masuk liga perdana pok, sigek juak, knk ambik import alang2, dato Posa harus pikir kedepan, minta maaflah, sigek juak perlukah nk main sblh petang, sedangkan fas bena2 nk cari Dana , polah lah game waktu mlm, spotlight ya seharusnya udah Di repair awal sblm team swk bermain, brpa lamak dah team swk berehat,

    • Baca statement atas ya pok…Nya ngak berani mbak team tok..U ingat nya nok offer dirik camya ajak kah??? Dah brpa bnyk urg2 besar dijumpa dimintak tlg jd Presiden..Semua takut krn mun team sik jadi populariti daknya turun n duit daknya abis oleh bol!!! U ingat Presiden nok mikir hal spotlight tok ajak kah? Ya tugas urg nok diamanahkan oleh nya sblm tok tp sik dipolah..Then,rega spotlight ya blh molah rumah sebuah u…Ngentam nang nyaman,mukul agik nyaman…Mun agik nok takat naip sitok nok kondem urg nok bertungkus lumut running team iboh jak…Miak tepi jeraya blh naip sebarang..miak nok mikir n tauk nilai susah nok menjana team bol jak menghargai jasa…Keyboard warrior πŸ˜†

    • Dari pihak fas ada nerimak laporan atur pelawanan. Kenyataan fas juak adalah jika benar ada unsur sepeti itu maka tindakan akan diambil. Hasil Siasatan nanti jika ada tindakan keras diambil jika sik ada sbg peringatan. Ya jak kenyataan sidak fas. So….salah kah fas .bkn nk sblh pihak. Tapi mana pasukan pon akan buat bnr yg sama …kalau ada kecurigaan brlaku.

  3. FAS sik percaya ngan Player.. Player jd malas nak main. NANG BETOL LAH YA. Pengurusan dah mcam sik berapa cun. Import main macam local (Nebo) .. BETTER GANTI NGAN Muamer Salibasic , gaji Nebo berik ngan MS10

  4. Ikut suka tekak jak molah statement…baru jak aku nak beniat nak ke sedium, xjd jak takut kelak kato aku merasuah cdak jago gate…masuk pree….😁😁#jgnkecamsayapisyo…✌️

  5. Presiden fas pun x pikir panjang kluar kenyataan.mcm ya..pun perkara ya x benar..habis lah crita nya…..cek dok mena2 mun ada unsur2 ngator perlawanan….baruk klaurkan kennyataa n.tok x terus kluar kenyataan mcm ya..nang apa.lah…

  6. Ada logik juga la.kalau tiada angin masak kan pokok bergoyang.kita tunggu saja la.macam mana kesudahannya.walaupun kalah saya tetap sokong team sarawak.

    • Betul…mungkin org yg report ada bukti..kalau x ,mana mungkin fas sebut sebarang..org dlm fas x patut xda sekolah untuk x bfikir sebelum sebut hal tu..

Comments are closed.