Dua pemain Sarawak FA, Mazwandy Zakeria dan Hafiz Abu Bakar telah dilepaskan dari tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa pertubuhan, sekaligus menyaksikan mereka dibebaskan dari tuduhan rasuah.
Kedua-dua pemain hari ini telah keluar dari bilik perbicaraan selepas notis penahanan reman mereka berakhir, dan keputusan SPRM untuk melepaskan kedua-dua pemain tanpa sebarang pertuduhan disambut gembira oleh penyokong Sarawak FA yang hadir.
Adalah difahamkan bahawa kedua-dua pemain akan membuat sidang media esok, dengan beberapa persoalan penting bakal dijawab esok.
Pihak kami telah menerima jemputan ke sidang media tersebut, dan kami akan menghantar wakil bagi mengemaskini maklumat dari sidang media tersebut.
Mazwandi dan Hafiz sebelum ini direman SPRM selepas mereka disyaki bersubahat mengatur perlawanan Sarawak FA menentang Felcra FC dengan seorang lagi individu yang bernama Aiman.
Aiman juga dilepaskan dari sebarang pertuduhan mengatur perlawanan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Rasuah je kalah rasuah je kalah eh salah kalah je rasuah kalah je rasuah
skrg siapa yg bersalah dlm hal ini, kite tunggu dan lihat.
Nah FAS sah kn pasni..
Trbaik utk pemain swk.sbba trrlepas dri tuduhan rasuah..knek tok blh lah mcuba nasib d negeri org lgi..tingal kan swk utk seketika..pergi merantau utk meneruskan karier anda..mcm jKT..timba pgalaman d negeri org.mgkin bukan rezeki di negeri sendiri.
Saman jak
Cuba cek yg menuduh pulak..
yg menuduh pemain rasuah tu patut di saman.
ok…next….😡….siapa gik kaktok
Sarawak FA musnah Dah
Bagi yg suka beri komen negatif buka mata besar2 sebelum keputusan keluar.jangan terus molah tuduhan tanpa keputusan yg belom pasti
Buang jak.