Pelepasan Mazwandi dan Hafiz oleh SPRM merupakan satu tamparan hebat kepada FAS

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini mendapat satu tamparan hebat ekoran pelepasan dua pemain yang direman atas tuduhan rasuah.

Mazwandi Zakeria dan Hafiz Abu Bakar sebelum ini telah disyaki mengatur perlawanan dan ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

Adalah difahamkan bahawa siasatan secara menyeluruh telah dibuat SPRM, dan kedua-dua pemain kelahiran Sarawak itu didapati tidak bersalah.  Turut dilepaskan adalah seorang individu bernama Aiman yang sebelum ini didakwa merupakan ‘bookie’.

Penahanan mereka adalah susulan dakwaan mengatur perlawanan yang dibuat oleh FAS, dengan satu kenyataan media dikeluarkan oleh FAS, mengesyaki hadir elemen tersebut hadir di dalam pasukan susulan kekalahan saat akhir Sarawak FA kepada Felcra FC10 Februari lalu.

Pihak FMLLP dalam pada itu telah juga mengeluarkan kenyataan bahawa FAS tidak merujuk kepada mereka sebelum kenyataan media tersebut dibuat, dengan CEO FMLLP Kevin Ramalinggam juga menyatakan bahawa tindakan boleh dibuat sekiranya tuduhan yang dibuat FAS tersebut didapati tidak berasas.

Pelepasan Mazwandy dan Hafiz dari sebarang pertuduhan mengatur perlawanan dalam pada itu sudah pasti akan mengarahkan semua tumpuan kepada FAS yang kini bukan sahaja boleh berdepan tindakan akibat kenyataan media berhubung isu rasuah tersebut, malahan juga mempunyai masalah pembayaran gaji pemain dan juga yang terbaharu, masalah pendaftaran pasukan.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top