Pasukan SUKMA Sarawak yakin boleh memberi cabaran

KUCHING – Pasukan bolasepak SUKMA Sarawak yakin mampu memberikan cabaran sengit pada kejohanan SUKMA XIX di Perak kelak.

Penolong Chef-de-Mission SUKMA XIX Sarawak, Fazzruddin Abdul Rahman berkata bahawa Sarawak sememangnya mempunyai peluang cerah kerana merupakan antara pasukan teratas pada SUKMA lepas dimana ianya layak ke pusingan Suku Akhir Bolasepak SUKMA.

Fazzruddin walaubagaimanapun berkata pasukan yang menjadi pilihan pada kejohanan tahun ini adalah juara bertahan Perak, dengan pasukan lain seperti Wilayah Persekutuan, Sabah, Johor, Pahang dan Selangor turut perlu diberi perhatian.

Dalam pada itu, pasukan bolasepak SUKMA Sarawak akan berlepas ke Perak seawal 6 September bagi menyesuaikan diri dengan keadaan di Perak.

Di SUKMA XIX, pasukan bolasepak Sarawak diletakan di dalam Kumpulan A bersama Perak, Negeri Sembilan dan Perlis.

Perlawanan bagi Kumpulan A akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung.

Pasukan SUKMA Sarawak dilatih oleh Ahmad Fairuz Yunus. – www.SarawakCrocs.com/cdn

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top