Menjadi penyokong bola sepak di Malaysia ini sememangnya menyeronokkan. Ia akan lebih seronok jika pasukan yang disokong adalah pasukan yang kuat dan memenangi piala.

Namun, budaya penyokong di Malaysia ini masih lemah. Hanya beberapa orang yang setia sahaja akan berada di stadium di setiap hari perlawanan. Yang lain hanya akan datang ketika pasukan kuat atau ketika final.

Penyokong kita mahukan fasilti kelas Eropah. Stadium kelas Eropah, pusat latihan kelas Eropah, corak permainan ala Eropah namun tidak pula dapat mengikut budaya penyokong Eropah.

Lihat sahaja Liga Divisyen 3 Inggeris. Pasukan tidak ternama mempunyai stadium sendiri dan apa yang membanggakan stadium itu dipenuhi penyokong walaupun pasukan mereka tewas setiap permainan.

Inilah satu elemen yang tidak dipunyai oleh penyokong kita. Perasaan milikan dan sayang kepada pasukan.

Kita hanya pandai membanding namun tidak mahu dibanding. Apabila dibanding pelbagai alasan akan keluar.

Kita sebagai penyokong perlu berubah. Hentikan alasan untuk tidak menyokong pasukan di stadium. Kita harapkan perkara ala Eropah namun kita masih kekampungan. Fikir-fikirkan. – SARAWAKCROCS.COM/JJF

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

2 COMMENTS

Comments are closed.