Pasukan Sarawak FA masih ‘hutang’ LHDN

Pasukan Persatuan Bolasepak Sarawak (Sarawak FA) masih mempunyai tunggakan hutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAM) hari ini, yang mana turut menyebut bahawa pasukan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), pasukan Persatuan Bolasepak PDRM (PDRM FA) dan pasukan Persatuan Bolasepak Melaka (MFA) yang turut mempunyai tunggakan hutang dengan agensi-agensi kerajaan ini sama ada LHDNM, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahupun Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Jumlah hutang Sarawak FA kepada LHDN buat masa ini tidak dikhabarkan.

Mengikut Peraturan Pelesenan Kelab FAM, tunggakan hutang-hutang dengan LHDNM, KWSP dan PERKESO mesti dilunaskan dengan pembayaran atau rancangan penyelesaian menjelang 31 Ogos 2020.

Jika pembayarannya belum diselesaikan, maka ia akan dibawa untuk penilaian FIB Pelesenan Kelab FAM bagi mendapatkan Lesen Kelab bagi tahun 2021.

Untuk itu, FAM sekali lagi menasihatkan dan pada masa yang sama memberi amaran kepada pasukan-pasukan ini supaya bersikap serius dalam menyelesaikan pembayaran ansuran tunggakan gaji kepada pemain dan pegawai serta tunggakan hutang kepada LHDNM, KWSP dan PERKESO ini mengikut tarikh yang ditetapkan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top